Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
ZOMBIE
Kaukah Zombie?
Atau diakah Zombie?
Atau Akukah gelaran baginya?
Mengapa gelarkan?
Seakan buruk pengertian
Hinakah pada iman
Atau sekadar panggilan hiburan
Hai Zombie
Bangkitkah mayatmu semula
Hingga sihir sekalipun hidupkan jiwa
Adakah ilmu ghaibmu
Apakah pesona tarikan agenda utama?
Hingga gigitan aura
Berjangkit matikan jiwa-jiwa
Kaukah Zombie
Mengambil hidup orang lain
Kau pengaruhi sehingga terjalin
Terjebak mainan akal
Kawali minda manusia
Tak berhati perut
Buat orang terjerut
Tidak miliki hati
Tapi memakan hati
Tidak miliki akal
Tapi sangat nakal
Pulanglah ke Karibia Haiti
Biar para dukun Voodoo ubati
Agar bisa tidak kembali
Hadir memamah akal
Otak fikiran orang kau bedal
Mencuri hati kejam kau belasah
Biar darah kau hirup jadi sejarah
Zombie...
Adakah hati cintamu
Untuk menyintai dan dicintai
Bila hati dah mati
Akalmu tiada lagi
Aku, kamu dan dia
Tidak sanggup jadi Zombie
Zombie kasanova sekalipun
Takut hati jauh meruntun
Parahnya hilang santun
Pena Sepi@ Aki Manang Remaung
Beluran , Sabah
02032015
9.00 pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan