Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

PUTARKAN SEMULA DETIK WAKTU



Bisakah?
Mampukah?
Sanggupkah?
Putarkan kembali masa
Menarik kembali kata
Agar bisa tidak menyakiti
Tatkala jiwanya sedih sekali
Cuba untuk akhiri
Kisah diari cinta ini
Terluka?
Sakitkah?
Dia atau aku?
Atau sama-sama pedih
Jiwa kita merintih
Cuba untuk lupakan
Cuba untuk tinggalkan
Segala kenangan terbina
Tatkala waktu bersama
Bolehkah?
Haruskah?
Adakah lagi?
Talian hati ini
Bisa bertaut kembali
Kembali seperti asal
Agar tiada sesal
Untuk jalinkan semula
Agar kita bahagia
Putarkan masa
Laraskan jam cinta
Detik waktu dahulu
Kembali hati bertemu
Keluarkan sembilu hati
Bisa buat kita dengki
Keluarkan amarah jiwa
Agar kita masih kekal bersama

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
02032015
10.08 am

Tiada ulasan: