Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

TUMPAH DARAHKU



Biar titisan darahku jatuh di bumi gersang
Syahid di medan keimanan
Nyawaku jadi taruhan
Aku tidak gentar akan maut
Pantang berundur dan tidak kecut
Biarpun beribu peluru memasuki seluruh tubuhku
Biar berpuluhan bom tangan dihambur lempar
Biar sekalipun aku disasar mortar
Malah diinjak-herdik gertak
Aku tidak akan berganjak malah bergerak
Tetap berkubu tubuh teruskan perjuangan
Mati dalam iman
Demi agama dan Tuhan

Inilah jeritan para syuhada
Inilah perjuangan dalam derita
Ditindas , dirampas nyawa dan harta
Tanah asalku dahulu terbentang luas pada muka bumi ini
Kini menjadi sekangkang kera dijajah zionis haloba diskriminasi
Kembalilah tanah asal kami
Pemuda-pemudi ini tidak gentar di jalan benar
Zuhud di jalanNya
Latahzan;berani aku depankan dada
Serahkan segalanya
Namaku namamu mulia pada Tuhan yang maha kuasa

Damailah manusia didunia; janganlah dicipta sengketa kita
Dajjal pasti ketawa melihat dosa dan sifat tamak haloba
Rakus memperlagakan manusia dan dunia
Kita harus sedar dunia ini sudah mulai tersasar
Jangan sampai kita jauh dan tidak sedar
Bahawa kita juga sudah lari daripada perancangan asalNya...

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
19102015....10.37 am

Tiada ulasan: