Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Selasa, 15 Disember 2015

PENYAKIT VIRAL

Mudah
percaya berita
cepat
kongsi sebar
berita belum pasti
khabar belum sah
sudah mengundang gelisah


Jangan bahalul
berkuahkan tahyul
jangan munafik
berbicara elergik
jangan fanatik
mengalahkan bunyi sejuta cengkerik
Krik…krik...krik...
hening bertukar bom jangka detik
sempit pernaakulan mantik-logik

Mudah
ekstremis
terkedek-kedek cetek- tidak optimis
berpandangan sinis
seolah-olah mengemis
perhatian
diri dipopularkan

Tidak bijak manfaat
alam maya jadi bahan debat
bukan Hang Jebat
tapi “Hangtu’maklumat tidak tepat
jiwa keparat minda berulat
nah!….sedarlah cepat
viral ini belum tentu tepat


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
16122015…..3.10 pm

1 ulasan:

masshah berkata...

Hari ini, kita lebih percaya viral, sama ada fakta atau auta. Terus percaya, tidak difikir terlebih dahulu tentang kebenarannya tentang sesuatu viral. Mungkin kita terlebih peka sehinggakan tidak boleh berfikir lagi. Sekadar pandangan pribadi.

Salam puisi!