Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

KEGAGALAN VS KEJAYAAN



'Bagaimana keputusanmu nak?'
'Luluskah? Atau gagal?'
Berdebar-debar jantung seakan meraung
Tidak sabar mendengar khabar
'Matilah aku nanti.Pasti telingaku kena cuci'.
Aku gemuruh cuba untuk bertaruh
Antara dua keputusan
Pasti mendebarkan
Inilah cerminan sempadan kejutan
Semua mata-mata bertumpu
Pentadbir sekolah adalah penentu

* * * * * ***
K E G A G A L A N

Biasa wajahnya pada keputusan yang memang sudah diduga; dia selamba
'Aku peduli apa.Memang sudah agak dah keputusanku GAGAL'
Muncung mulutnya seakan kecut takut; `matilah aku nanti'
Menunggu hamburan kemarahan Sang Raja Singa.`aduh!'
Pada hakikatnya itulah kemampuan sebenar dirinya
Resah gelisah menanti nama dipanggil;`bilalah aku'
Sememangnya sudah berusaha tetapi hampir
Kejayaan yang diharapkan belum datang
Tapi masih gagal untuk buktikan diri
Ibubapa dengan gelagat tersendiri
Ada yang rela menerimanya
Ada yang tidak percaya
Ada yang sudah biasa
Ada yang reda
Masih ada
Peluang

** * * * * * * * * * * * * * * * *
Tahniah!
Syabaslah awak!
`Pandainya anak kamu!'
Ada yang memuji kejayaan
Ada yang tidak menyangka lulus
Ada yang bersujud tanda bersyukur
Ada yang melompat gembira menangis
Ibubapa dengan gelagat masing-masing
Bangga dengan pencapaian yang diperolehi
`Syukurlah nak! Semua matapelajaranmu lulus!'
Melompat kegirangan pada keputusan yang meningkat
Berbaloi usaha yang lebih tidak mengira erti belajar penat
Mendakap peluk anak yang memang sudah dijangka cemerlang
Mengalir airmata gembira;bercampur perasaan terharu yang luar biasa
`Itu anak aku!tidak sia-sia pergorbanan kami selama ini;dia buktikannya

K E J A Y A A N

* * * * * * * * *
Dengarlah ibubapa sahabatku
Dengarlah ibubapa semua
Dakaplah anak-anakmu
Dalam dia trkandas
Dalam dia berjaya
Jangan dimarah
Jangan dimanja
Perjalanannya
Masih jauh lagi
Perlu perhati
Ingatkanlah
Pesankanlah
Belajarlah
Berdoalah
Syukur

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
17112015...18.43pm

Tiada ulasan: