Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 9 Disember 2015

A N G A U ( G E R I G A U )

Aduh!
terbayang-bayang
tercari-cari
ligat mata perhati
mencari datang
bertandang sayang
bersatu rindu
penyejuk kalbu

Aduh!
persoalan menerpa
dimana dia?;semacam dia; serupa dia
hati bagai nak gila
merintih kasih
menyesak nafas
mati menanti
buntu menunggu
muncul dirimu

Aduh!
angau gerigau
karau-karau mengigau
seakan sentiasa ada
menjelma di depan mata
menyantum mimpi
mengingat kembali
hening merunsing runding
terlalu ingat
kenangan keramat

Aduh!
meruntun jiwa
mengoyak waktu
memahat ingatan
menanti temu terlarang
zahir terhiris
memanggil angau terbiar

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
20122015.....3.10pm

Tiada ulasan: