Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

AKULAH SENIMAN



Akulah penulis
Kisahkan catatan perjalanan diari
Syairkan puisi;sampaikan misi dan isi hati
Bukukannya untuk dibaca kongsi
Jadikannya tauladan;pedoman iman insani

Akulah pelukis
Terjemahkan lukisan menyentuh jiwa nurani
Keterujaan pada gambaran kehidupan bumi
Realitinya mensyukuri alam ciptaan iIlahi
Bukan meninggi diri; menghargai bakat diri

Akulah pemuzik dan penyanyi jiwa
Hiburkan jiwa menambat hati semua
Bukannya ingin menjadi ternama
Ditatang puja bagaikan dewa
Sekadar cukup untuk gembira;buatkan diri kamu ceria

Akulah jurugambar biasa
Merakam detik indah manusia
Menghayati nikmatNya
Mendekati lensa realiti dunia
Yang pastinya kupamerkan jiwa-jiwa

Akulah seniman
Punyai angan dan impian
Menjulang erti persahabatan
Syukur kerana diberikan peranan
Melengkapi perjalanan yang telah diamanahkan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Catatan Perjalanan Garisan Landasan Sabah, Tenom
10112015...9.10pm

Tiada ulasan: