Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

S I N G G A H L A H ( HANYA SATU HURUF)



Singgahlah sesekali
Sahutlah sapaan salamku
Sebelum sisihkan

Sanggupkah?
Setelah sayang
Setelah suka

Sebenarnya sayang sekali
Sama-sama sendiri
Seloka semalam sia-sia

Sepi...simpanlah
Singgahlah salam
Sampaikanlah

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
24112015.....9.35 am

Tiada ulasan: