Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

SAYONARA BUMI TENOM




Salam terakhir Senyummu terukir
Aku pergi dengan seribu memori
Di bumi Tenom yang memukau hati
Kagum dan terpesona dengan hamparan dadamu
Sumber ilhamku dalam pencarian
Erti sunyi dan diam
Tenang dan tenteram

Selamat tinggal sahabatku
Sayonara hatiku ungkap sayu
Aku pasti kembali
Datang lagi nanti; sendiri
Mengenang memori
Waktu itu nanti aku cuma mampu berserah
Bertandang menadah resah
Aku pulang bawa damai terindah

Salam Perpisahan daripada seorang kawan
Aku pendam kolam tangisan
Inilah pertemuan yang bermakna
Garisan landasan menjadi saksi yang bernyawa
Menyapa jiwa setiap insan
Aku pasti datang
Sebagai kawan dan teman nukilan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Tenom, Sabah
08112015….7.23 am

Tiada ulasan: