Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

BASAH RINDU INI

Bersyukur ke hadiratNya
Aku masih bernafas
dalam menghirup udara segar pemberianMu
Biar basah rambut ini
Dicucuri renyai-renyai hujan

Aku masih disini
Perhati permandangan kabus putih pagi ini
Menunggu singgah katamu
Menanti khabar rindu bertamu
Biar puisiku berbicara
Menarikan mata pena tarian salsa
Rancak seiring dengan irama lagu kudengar

Biar degup jantung berlegar getar
Kencang sayangku melahirkan bait-bait rindu
Biar basah hatiku
Biar basah rindu ini
Tetap setia mengharapkan sapaan kata-katamu
Datanglah rindumu rinduku supaya bersatu
Dalam basah hujan pagi ini

Biarlah hujan pagi ini
Menjadi saksi bisu hati
Sepi menanti
Cuma perhati seakan terkunci
Bertanya pada hati
Semakin lebat turunnya hujan
Semakin berat tersimpan

Basah rindu ini
Kau dan aku menyepi diri
Tanpa khabar berita
Mengalah pada cuaca yang berduka
Menangis tanpa henti
Kita cuma perhati dan menanti
Musim hujan ini berlalu pergi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
19102015....9.38 am

Tiada ulasan: