Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 7 Disember 2015

AKI MANANG REMAUNG (PAHLAWANKU)


Pantang berundur sebelum ajal
Keturunan pahlawan - susur galur warisanmu
Seakan meresap semangat `Sengalang Burong’
Kebal pada jiwa yang kental
Tidak menyerah kalah; berserah mundur
Tidak takut; maju bertempur
Tidak gentar dek musuh celaka
Yang cuba menakluk bangsa, agama dan Negara

Kaulah perwira anak pribumi
Kaulah pahlawanku yang gagah – ku harus megah
Habis belantara Malaya dan Borneo kauredah
Menjejak kepung pengkalan musuh
Kau harus tempuh bunuh
Meninggalkan tanda sejarah
Mengukir bakti terindah
Buat gugusan pernyatuan Negara ini

Kaulah moyang kami yang berani
Bersama `Iban Trackers’, `Sarawak Rangers’ dan Batalion Infitri British
Menggalas tugas dengan tangkas
Pantang berundur sebelum ajal
Ironinya semangat `Agi idup agi ngelaban’
Kau tunjukkan kejantanan kepahlawan
Bukan pengecut nyawamu hampir tercabut
Dek belati tajam yang dihunus kejam
Bertarung jasad antara dua dimensi – hidup mati

Kaulah Tok Aki kami
Dirimu telah lama pergi
Generasi kini Cuma mengingati dan menghargai
Sebuah Negara yang aman dan sentosa
Berkat dan menjadi bekalan perjuangan – Negara ini kau berikan
Pada kami generasi baru yang masih tidak tahu –buntu
Pastinya perjuanganmu tidak dipinggir;  tidak dibiarkan sunyi getir
Riwayatmu diabadikan- anugerah dan jasa bakti disemat nobatkan
Syabas perwiraku – aku hidup kini diatas semangat perjuangan sesak nafasmu terdahulu
Damailah jasadmu Tok Aki bersama teman seperjuanganmu- kami doakan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
08122015….9.17 am

Tiada ulasan: