Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 30 November 2014

Bayu Kenyalang....


Bagaimana kumbang lupakan madu
Bila gula sebagai gantinya
Bagaimana kerak tinggalkan nasi jamu
Bila hangit terbakar apinya
Mampukah singkirkan ketuat
Pada tubuh makin parah
Sanggupkah lupa besi karat
Bila tembus mengalir darah
Kejar bayang samar hilang
Muncul diam puaka kenyalang
Berbisik gunung kenyalang hilang
Sengketa apa hidup terlarang
Kalau tak mampu bernafas riang
Berkongsi alam tapi sumbang
Ada apa pada alam bunian
Bila mistiknya jadi ukuran
Ada apa pada persahabatan
Bila batasan alam jadi sempadan

Kembalikan Syurga Rumahmu...

Sebelum hati jadi parah
Sebelum fikiran mula berubah
Hentikan ikatan kita
Jadikan aku teman biasa
Tidak aku jadi pemusnah
Sebuah keluarga bahagia

Agar tiada jiwa terluka
Ada isteri yang setia
Agar tidak hilang rasa percaya
Anak-anak yang tulus jiwanya
Marilah kembali semula
Pada awal mulanya cerita
Sebagai sahabat biasa
Selamatkanlah sebuah syurga
Jangan jatuh ke lembah neraka
Kelak menyesal tiada makna

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah

Suara Pemuitis Rindu...

Setiap bait tuturmu
Deretan kata nuranimu
Terharu sayu hati di kalbu
Mata melirik tiap bait aksaramu
Membongkar satu persatu isi hatimu
Bicaramu pasti dalam ingatanku
Kukuh ku simpan dalam peti ingatan
Ku kunci buat bekalan azimatku
Pastinya takkan hilang dek waktu
Jika dunia mencabut nyawaku
Tiada lagi rahsia membisu
Tiada lagi sembunyi topenganku
Bila sudah kau belah dadaku
Bila sudah bongkar personalitiku
Tiada persoalan bersongsang bisu
Tiada jawapan menongkah tanyamu
Inilah aku sang pemuitis rindu
Tiada ku sembunyikan perasaanku
Bahawa sampai kapan bertaut rindu
Ku rangkumkan menjadi satu
Buat apa pada bisu
Bila mulut melambai kata
Bila hati meronta ronta
Inilah suaraku pemuitis rindu

Sabtu, 29 November 2014

Lembah berduri...

Lembah berduri
Kebal kakiku lali tubuhku
Terhantuk pada bandir diri
Bila tersentak jerih batinku
Belukar digali mengharap intan
Lumpur ku dapat jadi sendaan
Bisa aku jatuh
Bisa aku bangun
Manduku bukan wangian
Tempayan cuka jadi sandaran
Kata hati mesti kembali
Kata hati mesti suci
Apa makna ikatan tanpa tali
Apa makna persahabatan kini
Bila gundah hati diri
Bahawa ikatan itu tulus
Bukan senang menongkah arus
Cuma yang bertahan mampu tembus
Apa makna rindu ini
Tafsir bahasa menjadi sangsi
Mampukah ia dimengerti
Sanggupkah berakhir begini
Bila akar hati bertaut rapi
Payah bongkar kalut tali
Bila kehendak serabut minta
Relakan hati penyeri ikatan
Doa teman bekalan jiwa
Biar makna erti perpisahan
Manis gula bersalut madu
Pahit hempedu buat diriku
Ingatan selama ini takkan padam
Bahawa pena sepi takkan berdiam
Mengutar kata pada pengalaman
Hati nurani jadi mainan
Biar kongsi jadi pedoman
Sampai kapan takkan dilupakan
Bahawa sepi membongkar rindu
Tinta berdiri takkan berhenti
Kenang ingatan gurau riang
Adakah kelahiran datang
Agar bertaut rindu bertandang

Biar Jelas Semuanya...

Biar kelu lidahmu berkata
Takkan ku berganjak setia menanti
Biar henti detiknya masa
Takkan ku lupa saatnya ini
Menunggumu
Merinduimu
Persoalan kalut biar terlerai
Biar terang hati bicara
Biar tiada rahsia minda
Jawapan persoalan diterima dengan redha
Biar kelas semuanya

Pena Sepi...

Pena Sepi
Bila unggas malam meneman
Bila kicauan burung jadi kawan
Bila ilham datang bertandang
Mulut terkunci tapi jiwa meronta
Membariskan susunan kata tanpa sumbang
Bahawa diksi puisi pilihan tinta
Bisakah hati bertaut minda
Bila sepi mencengkami rasa
Gah pada tarian pena
Kalah pada sepi diri
Biar bisu mulut bicara
Biar rahsia penyair tinta
Bahawa pada pena ini
Takkan berhenti berkongsi mimpi

Bila Hati Berpaut...

Bila hati berpaut teguh
Akar hati bersimpul mati
Biar kala jernih ada keruh
Ikatan kasih sehingga mati
Biar onak duri tercucuk jiwa
Biar luka bercampur garam
Biar madu penyedap rasa
Biar riang biar kusam
Bila hidup derita bahagia
Bila jiwa ada riang hiba
Bertongkatlah pada cinta
Pastinya kekal selamanya

Jauhkan Cinta Dia...

Jauhkan cinta dia

Cinta ini buta
Atau manusia itu sendiri buta
Tewas pada pandangan pertama
Bila terdetiknya mula cinta
Abaikan ikatan panji setia
Sama lemah dek panahan salju mata
Nafsu apakah yang menggoncang jiwa?
Hadir alam tidak dirasa
Apakah bisa ku tidak cinta
Apalah ada pada rindu asmara
Sedangkan sama sudah berpunya
Tapi rindu ini kian memaksa
Menambah dosa tunjang bahagia
Menggadai cinta duri asmara
Apakah bisa ku jauhkan cinta?
Apakah bisa jauhkan diri daripada dia?
Apakah mampu ku tinggalkan dia?
Berserah jiwa memohon doa
Biar Tuhan mengatur masa
Hilang rindu hilang cinta
Biar masa pengubat jiwa
Pastinya mampu ku jauhkan dia

Jauh dirimu...

Jauh pelayaranmu
Tapi dekat hati rinduku
Tenang perjalananmu
Tapi payah jerih laluanku
Angin meniup segar pipi halusmu
Tapi hujan ini menampar pipi muramku
Riang tawa pesonamu
Kusam hitam raut wajahku
Gembira pada yang pergi
Sedih pada yang tinggal
Pada depanmu kota megah
Di belakangku rimba sunyi
Biarpun lain perjalanannya
Tapi hati kita masih bertaut
Mengikat akar hati rindu

Kudrat Senja...

Jauh perhatian pandangan
Bila lamunan bertemu realiti
Tepat perhatikan bentangan luas
Hijau daun padi tanda rezeki
Dek pesawah senja melabuh keringat
Akurkah pada kehidupan ini
Atau sudah biasa tegal ranjau
Susah pada pandangan sinis
Tapi kaya pada pandangan Tuhan
Biar liku sungai derita
Biar kudrat dikerah paksa
Perlukah generasi penyambungnya
Atau biarkan saja jadi bentengan rimba
Bahawa tanah pusaka ini
Jadi batu nisan selamanya
Takkan tergadai nyawa jadi taruhan
Pada bentangan tanah ini
Lali dirimu melukis coretan alam
Paparkan petak warna susunannya
Hidup hari ini perlu diteruskan
Menikmati syukur pemberianNya
Bekalanmu doa segunung emas
Serahkan saja hidup bahagia
Ada apa pada nilainya harta
Bila imanmu tiada pada pandanganNya

Dipetik..Because I cannot Sleep...

a poem by Maulana Jalaluddin Rumi...

BECAUSE I CANNOT SLEEP
Because I cannot sleep
I make music at night.
I am troubled by the one
whose face has the color of spring flowers.
I have neither sleep nor patience,
neither a good reputation nor disgrace.
A thousand robes of wisdom are gone.
All my good manners have moved a thousand miles away.
The heart and the mind are left angry with each other.
The stars and the moon are envious of each other.
Because of this alienation the physical universe
is getting tighter and tighter.
The moon says, 'How long will I remain
suspended without a sun?'
Without Love's jewel inside of me,
let the bazaar of my existence be destroyed stone by stone.
O Love, You who have been called by a thousand names,
You who know how to pour the wine
into the chalice of the body,
You who give culture to a thousand cultures,
You who are faceless but have a thousand faces,
O Love, You who shape the faces
of Turks, Europeans, and Zanzibaris,
give me a glass from Your bottle,
or a handful of being from Your Branch.
Remove the cork once more.
Then we'll see a thousand chiefs prostrate themselves,
and a circle of ecstatic troubadours will play.
Then the addict will be freed of craving.
and will be resurrected,
and stand in awe till Judgement Day.

Bertaut Rindu Ini

Kedinginan pagi ini
Camar putih terbang menyanyi
Melintas garisan bayang riak air
Seakan beritahu tujuan ku kesini
Khabarkan hatiku pada indahnya alam
Nun jauh lambaian tanah seberang
Seakan dekat tangan jangkauan capai
Bilakah sampainya nanti
Hatimu hatiku bertaut temu
Masih diriku duduk termanggu
Menyambung ingatan semalam
Pastinya riang singkirkan muram
Berlalunya kura-kura setia kulihat
Membawa beban seakan ketuat
Pasti hidupnya tegal lali
Bahawa pada arus laluan tenang ini
Terbentang luas lautan setia
Menunggu penghuni kota
Yang sebenarnya tak terasing
Nyalakan pelita membina puing-puing
Menerangi kota seberang ini
Kisahkan diari si penyair sepi
Nah...tenangkah hati penunggu mentari
Bila pagi diam menyendiri
Pulang khabarkan rindu
Pada malam sebelumya menanti
Bahawa mentari hari ini
Membawa harapan riang hati
Membisik petang sampaikan rindu ini

Mulakan Harimu...

Mulakan harimu dengan senyuman
Biar kokokkan ayam membangunkanmu
Biar kicauan burung mendendangkanmu
Biar unggas pagi menyambut hari-harimu
DAN mentari pagi menuntun perjalananmu
Ingat...
Bahawa sahabatmu disini
Sentiasa doakanmu
Penuhi hidupmu
Ceriakan harimu
Doaku bersamamu

 

Lelapkanlah Matamu...

Lelapkanlah matamu
Jemputlah satu persatu mimpimu
Agar alunan siri mimpi tersusun
Menjanjikan lagu indah buatmu
Yang bisa menjemput
Pari-pari tidur menemanimu
Tidurlah sahabatku
Pastinya indah hari yang dilalui
Membawa makna mencipta mimpi
Biar bintang menyinarimu
Biar bulan mendodoimu
Biar pungguk melagu puisi
Bersatu dalam mimpi
Buat menemani malam sepi ini

Perjalanan Ini...

Perjalanan ini...
Dimanakah hentiannya?
Dimanakah klimaksnya?
Bilakah kita kecapinya?
Lintasan garisan tengah jalan
Masih punya cerita tersendiri
Kisahkan liku-liku hidup
Coretkan diari insani
Pada siri masa perjalanan
Yang pasti ada penghujungnya
Puaskah hati pada apa yang dikecapi?
Atau bersyukur pada ketentuanNya
Atau serahkan perjalanan hidup padaNya

Perjalanan ini...
Antara sedar dan tidur jiwanya
Lalai dan alpa pada duniawi
Atau teguhkan iman pada pengiringNya
Puas sudakah hati?
Bersediakah iman yang dibekalkan?
Bahawa perjalanan itu
Ada hentiannya
Pastinya di setiap hentian itu
Menjanjikan sesuatu yang baru
Dari dirimu yang tentukannya
Bahawa perjalanan itu menjanjikan seribu pengalaman

PELAYARAN INI...


Hidup ibarat suatu pelayaran
Setiap perjalanan memeta dunia
Berpaksi kompas petunjuk akidah
Bahawa hidup perlu ditopang Tuhan
Membawa pelayaranmu berjaya
Ingat doa dan zikir bekalanmu
Biar perit pelayaran itu
Siang malam berkais rezeki
Meredah badai ganas menghempas
Seakan hidup bertarung nyawa
Seakan ketentuan hidup ada padaNya
Takut apa pada rintangan
Matikah hidup tanpa pedoman
Mampukah hidup tanpa Tuhan
Bila kita dicuba pada dugaan
Bahawa kisah pelayaran
Hebat pada pelayarnya

 

Awan Hitam...









Berarak susun bentuk corak warna
Tiada cacat cela pada sang pelukis
Hitam bukan beertinya pilu jiwa
Putih belum menandakan jernih
Bahawa kitaran pusaran awan itu
Menanti pemuitis mengilhamkan lagu Menarikan pena menderetkan kata
Bahawa kontras garisan bumi dan awan
Masing punya cerita terungkai
Bila daratan dan tasiknya tenang
Tenteramkan jiwa-jiwa manusia
Bahawa betapa indahnya ciptaanNya

Khamis, 27 November 2014

UPSR..Disini semangatku Bermula...

Hati kata sedih
Hati kata gembira
Hati kata tiada apa-apa
Bila tahu keputusannya
Bila keputusan diumumkan
Debar hati mulai tiada
Bahawa perlu akur dengan segalanya
Memerah keringat pada tahun berikutnya
Perbaiki kelemahan yang ada
Kekalkan prestasi semasa
Bahawa semua punya misi dan visi pelannya
UPSR....di sini semangat ku bermula


Puisi Petikan daripada Pharo Abdul Hakim...

Peta Usia

pabila malam bertandang
dan bintang kian menjauh
pabila aksara terselit disebalik gelita minda
si penyusunnya melamun
melukis deretan kata-kata
menjadi peta
merentas muara usia
dihambat gelora senja

Pena Bahari
27 Nov., 2014

 

Rabu, 26 November 2014

Ku Tunggu Cintamu...

Lontarkan jauh rindumu
Sampaikanlah di angin lalu
Terasa sesak nafas hatiku
Bila kau tiada menemaniku
Bila kau tiada disampingku
Rinduku mengingati dirimu

Ku tunggu utusanmu
Ku tunggu khabarmu
Ku tunggu rindumu
Ku tunggu cintamu
Biar hati kita nanti bersatu
Akan sampai pada waktunya
Biar masa menentukannya
Biar Tuhan memberkatinya
Biar lelah penantian kita
Tidakku berganjak pada paksi cinta
Tidakku menyerah pada sesiapa
Setiaku tetap bersama selamanya

Bersalahkah Diriku...

Bersalahkah diriku...
Mendustai ikatan persahabatan kita
Menodainya dengan kata cinta
Meracuninya dengan kisah sialan belaka
Sanggupkah diriku buta
Membezakan paksi persahabatan dan cinta
sehingga diriku terleka

Maafkanlah diriku...
Sehingga hanyut bergelumang dengan dosa
Mencemar peribadi suci jiwamu syurga
Yang tak terungkap oleh pujaan kata
Pastinya personal indahmu seakan suci maya
Berdosanya diriku...
Menggadai kepercayaan persahabatan panjinya
Sehingga diriku dibelengu resah jiwa
Mempertaruhkan kebahagiaan syurga bahagia
Hingga lupa pada akar kesetiaanya
Menggadaikan cinta pada onak duri asmara
Maafkan diriku...
Salahkan hati nakalku
Lupakan kesilapanku
Ampunilah perbuatanku
Sehingga lalai dan hanyut dalam dunia ciptaanku
Kejutkan ku dari mimpi palsu
Agar kembali seperti dulu
Maafkanlah diriku...

Isnin, 24 November 2014

Persinggahan Kasih...

Kadang-kadang...
hati manusia sukar kita baca
Kadang-kadang
sukar dimengertikan
Dan..apabila ia dtg..
Kadang-kadang..
ia cuma mainan perasaan sementara...
Satu persinggahan...
kita akan lebih menghargai siapa yang ada di sisi..
Dari mula hingga akhirnya...
Berpijaklah pada bumi yg nyata..
Berpegang teguh pada hati yang kian goyah..
Kukuhkan..dan tekadkan semula..
Agar ia kembali teguh dan berdiri megah..
Usah menyalahkan pada takdir yg sedia ada.

RINDU INI

RINDU MEMAKSAKU MENYANYANGIMU

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi
Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan.
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi


RINDU INI

Sesak ditahan
cuba untuk ungkapkan
sebaris kata cinta yang kusimpan
buat dirimu di kejauhan

Sakit rindu ini
bila kau menyepi
cuba menjauhi
tetapi cuba juga mendekati
kita semakin diuji

Sepi inilah
rindu kamulah
menyiksa batinku
membuatku tidak menentu
dan aku tahu kamu pun begitu
berpaling dari kebenaran
Sebenarnya kita berkorban

Rindu ini
menyiksakan
memenatkan
datanglah masa dan bawa aku pergi
aku tidak ingin sebegini
jiwaku sengsara mati

Kelahiran akan Datang...

Kelahiran akan datang...
Wujudkah?
Kehidupan lain nanti...
Adakah?
Walau di dunia ini kita tak bersatu
Walau di kehidupan ini.
Kita tak bersama
Tapi ku tetap tunggu...
Rindumu...
Cintamu...
nanti kehidupan lain

Jawapannya hanya padamu
TIDAK pada dunia ini..
Tapi....YA pada kehidupan lain
Aku akur pada ketentuan
Aku akur akan jodoh diberikanNya
Aku akur rencana kehidupanNya
Aku akur segalanya
Tapi jawapan YA sudah cukup gembirakanku
Bahawa... ada sedetik masa
Rindumu singgah dihatiku
Cintamu lalu seketika di hadapanku
Bahawa kita akur atas segalanya
Akur pada Tunjang persahabatan
Kita akur akhirnya...
YA...
Biarlah masa merawati
Biarlah masa melupakan
Biarlah ia berlalu pergi
Biarlah...
Aku punya jawapan bagi persoalan
Aku perlu kembali ke pangkal jalan
Kepada Tuhan kuatkan hatiku
Agar ku punya cahaya Hidayahmu

SENYUM...

"SENYUM" itu ringan tak bersuara,
Tapi penuh makna...
"SENYUM" itu murah,
Tapi tak ternilai dengan upah
"SENYUM" itu tak pernah habis tenaganya,
Tapi besar motivasinya
"SENYUM" itu hal yang mudah,
Tapi selalu nampak indah
"SENYUM" itu tak pernah lelah,
Tapi menghilangkan rasa resah gundah
"SENYUM" itu satu hal yang biasa,
Tapi mampu jadi yang istimewa
"SENYUM" itu ibadah paling mudah,
Tapi berpahala setara dengan sedekah
Penuhi hari-harimu dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum keranamu...

Lukisan Kehidupan...

Kehidupan ini umpama sebuah LUKISAN
Ucapanmu adalah WARNANYA
Amalanmu adalah CORAKNYA
Umurmu adalah BINGKAINYA
Dan kamu adalah PELUKISNYA

Jika habis masa hidupmu,selesai pulalah masa MELUKIS
Harga lukisan bergantung pada KEINDAHANNYA
Di waktu hari pembalasan TIBA,
Setiap manusia akan mempamerkan semua hasil KARYANYA
MAKA...
Indahkanlah LUKISANMU
Selagi kuasa itu masih ada di TANGANMU

Percayai Dirimu Sendiri...

Percayai dirimu sendiri kawan...
Percayai imanmu
Percayai jalan pilihan hidupmu
Percayai rakan yang rapat denganmu
Kongsikan kisahmu
Leraikan airmatamu
Padamkan resah gundahmu
Ceriakan harimu
Sahabatku...
Selagi ruang dan waktu ini
Ku masih bersamamu
Selagi mampu ku pertolongkan
Beban resah dan kecewamu
Ku tetap disini membantumu
Demi nama sahabat...
Selamanya...

Kaulah wanitaku...

Wanita yang mampu menyembunyikan rasa sakitnya dengan senyuman
Wanita yang mampu menyembunyikan kekecewaannya dengan keikhlasan
Wanita yang mampu menghadapi semuanya dengan kesabaran
Kerana dia percaya...

Bahawa dengan kesabaran dia akan lebih bahagia daripada sifat kemarahan
Kesabaran akan menjadikan hidup seorang menjadi lebih baik daripada sifat keegoisan.

Lepaskanlah Resahku...

Lepaskanlah resahku
Lepaskanlah segala gundahku
Biar masa bawa ia pergi
Biarkan masa merawatnya
Biar masa tentukan waktunya
Biar Tuhan buka jalanNya...

Yang pasti ku pasti lupakan dia...
Yang pasti ku pasti tak bersama dia...
Yang pasti aku kan kembali
Menjalani kehidupanku seperti pada masa dahulu...
Yang pasti ku buang jauh lipatan kenangan kita
Yang pasti tamatnya cerita kisah kita
Kerana kekuatan Tuhan mampu tabahkan hatiku
Kerana Tuhan berikanku pengharapan
Kerana Tuhan tunjukkanku jalanNya
Mencari SinarNya
Mencari hidayahNya
Mencari kehidupanNya

Akur takdirmu...

Ada kalanya kita kena akur itulah takdir buatmu....
Setiap perjalanan, cerita,riwayat sudah Tuhan rencanakan...
Bahawa.. kita pinjam dunia ini
Manusia sendiri memainkan watak opera lakonannya
Bersyukur dengan nikmat yang ada..selagi hayat dikandung badan.Suarakan isi hatimu...persis bisikan bayu laut menerpa pipi..pasti tersentak juga dirimu dari lamunan bahawa ianya bukan realiti

Aturlah Langkahmu...

Setiap langkah yang kita atur dan susuri kena hati-hati pada niat dan tindak tanduknya...
Fikiran waras dan akal yang tinggi pasti meletakkan nilai budi dan estetika sesebuah keperibadian...
Pastinya pengalaman dan kehidupanmu yang matang mampu meletakkan penanda aras dalam penilaian dan pandangan seseorang....
Akhirnya... bersyukur kepada Tuhan membuat kehidupanmu lebih beerti mengenali siapa dirimu yang sebenarnya yang sudah jauh dari landasan peganganNya.

KATA SEMANGAT( PERJUANGANKU)

Aku tidak menunggu kerana tidak diizinkan masa...
Aku tidak menyesal kerana tidak diizinkan kata...
Aku tidak menangis kerana tidak diizinkan mata...
DAN.....Aku tidak mati selagi saluran nafas ku tidak berhenti...


KATA SEMANGAT(PERJUANGANKU)

Indah ayat
buat diriku kuat
bangkit gagah dengan amanat

Kata ini semangat
aku genggam erat
aku cuba berhasrat
bukan untuk menjadi yang terhebat
cukuplah untuk bekalan azimat

Inilah janji keramat
bukan untuk diumpat
kita tengok dan lihat
pastinya aku, kamu dan dia bukan malaikat
kita cuma mencari kiblat dan berkat

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah

Ada Kalanya Kita Lepaskan...

Ada kalanya kita terpaksa lepaskan...
Perlahan-lahan ia akan hilang bersama peredaran waktu
Perlahan-lahan ia terlerai dalam simpulan ingatan
Akurlah dengan ketentuan Tuhan
Pasti ada rancangan baik untuk diri kita
Pasti ada...

Biar pun pahit dugaan yang melanda
Tetap kita tabah dan tenang hadapi dan tempuhinya
Tempuhinya dengan doa dan iman kita
Hadapinya dengan sabar dan tenang
Tuhan pasti tunjukkan jalanNya buat diri kita
Pasti tunjukkan JalanNya...
Lambat laun padamlah resah gundah
Akan terhapusnya resah monolog dalaman
Kepada Tuhan kita berserah
Dekatkan hati dan teguhkan iman
SinarNya pasti penawar hati bagi insan yang resah
Buat insan yang duka,kecewa, dan lari dari landasan kehidupan

Jika Nanti Mataku Terpejam...

Jika nanti mataku terpejam,
jantungku berhenti berdetak,
nafasku berhenti berhembus
 itu ertinya tugasku
telah selesai untuk mencintaimu

Jika nanti aku telah tiada,
Ingatilah aku pernah bersamamu,
Sepanjang liku hidup kita kongsikan
suka duka dalam kehidupan
Bahawa aku tidak menyesal memilihmu

Jika nanti mataku terpejam
Kenangkanlah diari hidup kita
Hargailah siri masa kenangan yang dicipta
Kuburkanlah lipatan kenangan bersama
Bahawa aku bersyukur telah memilikimu

Topengan Hidup...

Kadang-kadang hati kata tenang...
Kadang-kadang hati kata resah...
Kadang-kadang hati kata cinta...
Kadang-kadang hati kata benci
Walau apapun kata hati
Ianya milik dirimu sendiri
Hati resah gundah bila sunyi
Hati gelisah sakit bila rindu
Hati sakit bila kecewa melanda diri
Hati gembira bila kita riangkan diri
Hati mati bila nafas pun sudah terhenti
Wajah....satu topengan hidup
Wajah mampu kelirukan hati
Wajah mampu kelirukan orang
Wajah...hanya pemilik hati itu sendiri
Tatkala ia suka...duka
Tatkala ia gembira...sedih
Tatkala ia resah...riang
Biar apapun kata hati
Kunci utamanya pada hati yang suci
Berserah pada Tuhan agar hati itu hidup kembali
Jagalah hati nanti ia mati
Sebelum terlambat kau berlalu pergi...

Sahabat...

Sahabat...
Ada apa pada nama
Ada apa pada pengertianya
Ada apa pada tunjang pegangannya
Yang pasti sahabat istimewa pada definisinya
Sahabat bukan kawan bukan lawan
Sahabat tidak bermegah diri
Tidak menunjuk diri tapi membimbing
Sahabat kawan rapat dalam sedih dan gembira
Sahabat bagai keluarga tak sama darah jalinannya
Sahabat...
waktu susah dan senang
Waktu ketawa dan sedih
Waktu suka dan duka
Menyimpan rahsia sesama diri
Biar mati bertunjangkan paksi sahabat
Sahabat...
Tidak akan mengambil kesempatan
Tidak akan mengajar keburukan...
Tapi tunjukkan kebaikan
Menopang jalan agar tidak lari dari landasan hidup
Itulah nama SAHABAT

Tewas aku kali ini...

Tewas aku kali ini
Tersungkur aku kali ini
Tersepit dan terhimpit rasa resah dan gundah
Jatuh...bangun...
Namun masih tersungkur
Menyembah bumi

Ku kuatkan hati...
Tak berdaya ku hadapi
Ku kuatkan semangat...
Buntu jalan ku dapat...
Ku gembirakan hati...
Bagai dikoyak jantung ini
Kali ini aku akur
Kali ini aku berundur
Kali ini semangat ku lebur
kali ini hatiku hancur
Kali ini jiwaku berkubur
Tanpa nisan teratak hancur
Menangis tak berair mata
Menangis tak tertahan derita
Resah gundah menyelubungi jiwa
Fikiran celaru entah kemana
Bila akal rasional tak diterima
Wajah tak mampu lagi berselindung ketawa
Aku menyerah kalah
Tanpa senjata tanpa lawan
Aku berjalan tanpa arah
Hilang akal hilang pedoman
Kuatkan diri masih kalah
Kuatkan diri tak mampu menahan
YA pada hati yang dusta
TIDAK pada wajah yang hampa
Harapan pastikah ia datang semula
Harapan pastikah menjelma
Terang itu datang semula
Cahaya iman kuatkan jiwa

Waktu Ini...

Waktu ini...
Ku sujud sembah
Mohon redhaNya
Waktu ini...
Ku serahkan jiwa
Kembali kepadaNya

Pastinya Tuhan bersamaku
Pastinya Tuhan membimbingku
Pastinya Dia menuntun jalan
Pastinya Dia menopang ku
Pastinya Dialah pengharapanku
Pastinya Dia penyelamatku
Saatku sesat di jalanan
Saatku dalam kegelapan
Saat hatiku mula jauh dariNya
Saatku hilang percaya Dia
Saatku terumbang ambing
Patah harapan dunia terasing
Masih ada cahaya terang
Ku kejar dalam hati tenang
Masih ada petunjuk terang
Membuka laluan selama ini hilang
Masih ada cahaya bintang
Ku berlutut doa mencari terang

Di Suatu Petang Selepas Hujan...

Di suatu petang selepas hujan...
Kuntuman bunga mekar segar harum kebasahan
Hatiku tenang nantikan malam bulan
Puitiskan lagu syahdu
Buat dirimu di kejauhan
Di suatu petang selepas hujan...
Tangkai hatiku segar basah kedinginan
Kelopak bunga riak riang selepas hujan
Menyentuh hati dalam kerinduan
Melenyapkan pandangan membuka rentetan ingatan
Di suatu petang selepas hujan
Kicauan burung turut bersahutan
Unggas rimba melagukan irama dalam keheningan
Pastinya nostalgia terimbau dalam lipatan kenangan
Mengembalikan siri masa yang telah lama tersimpan
Di suatu petang selepas hujan
Kelopak bunga mekar tidak akan kelayuan
Bahawa hujan menyirami hati taman
Bahawa tidakkan mati kering kerinduan
Pastinya diinginkan pemuja impian
Menunggu pintu hati membawa sinar harapan
PASTINYA...
Di suatu petang selepas hujan
Hatimu hatiku bersatu dalam kerinduan
Bagai kelopak bunga mekar dalam jambangan
Sama merintih dalam kejauhan
Berpaut kasih wajah tidak kelihatan
Kerana kita tahu petang hujan
Menceritakan kisah erti kerinduan

Tanpa Dirimu Sesaat...

Tanpa dirimu sesaaat...
Hatiku tak gembira
Datanglah padaku
walau satu pandangan cuma
Hatiku akan lega
Melepaskan hati rindu

Tanpa dirimu sesaat...
Hatiku tak gembira
Duniaku sunyi tak bernyawa
Jiwaku mati tak gembira
Resah gundah di dalam dada
Betapa sesak menanggung derita
Tanpa dirimu sesaat...
Hatiku tak gembira
Bagai hati tercucuk kaca
Rindu tiada tertahan rasa
Wajahmu terbayang dimata
Seakan hadir menemani jiwa
Tanpa dirimu sesaat...
Hatiku tak gembira
Bila berjauhan antara dua dunia
Bilakah kau dan ku bersua
Melepaskan rindu terperap lama
Menyambung hikayat dunia sang pencinta

Perpisahan Ini

Perpisahan ini...
Tak mampu ku harungi
Tak sanggup ku hadapi
Seakan tiada lagi kembali
Hari-hari lalu tetap diingati
Hari akan datang tetap dinanti

Perpisahan ini...
Perit rasa tak tertahan
Bilakah bertemu lagi
Menyambung kisah tahun hadapan
Membangkit kembali ukiran janji
Membina semula tinta persahabatan
Perpisahan ini...
Menyimpan maknanya tersendiri
Buat insan dengan perwatakan duniawi
Mainkan opera wataknya sendiri
Pasti dirindui setiap aksi
Dalam lipatan masa yang bersiri
Perpisahan ini...
Ada hikmahnya sudah pasti
Buat mempersiapkan diri
Mengumpul semangat jati
Sudah pastinya tahun kan berganti
Tapi tetap diriku disini
menanti berpuisi sepi

Ku Tak Mampu...

Ku tak mampu...
Tatap wajah dirimu
Ku tak mampu...
Renung panahan matamu
Ku tak mampu...
Tinggalkan dirimu

Ku tak mampu...
Untuk tinggalkan dirimu
Ku tak mampu...
Untuk jauhkan dirimu
Ku dah cuba melupakanmu
Ku tak mampu...
Ku tak mampu...
Suda ku cuba dan cuba
Masihku tak mampu
Ku tak mampu...
Ku biarkan diriku berlalu
Tinggalkan dirimu
Ku tak mampu...
Ku tak mampu...
Mungkinku terlalu ingatimu
Mungkinku terlalu merinduimu
Mungkinku sudah jatuh cinta padamu
Aku tak mampu
Sembunyikan lagi perasaanku
Ku tak mampu...
Biarlah rahsia diriku
Biarlah dirimu tak tahu
Biarlah ku cuba untuk lupakanmu
Biarlah sendiri diriku
Biarlah...ku tak mampu
Sanggupkah diriku...
Mampukah diriku....
Kembalikan hatiku...
Untuk tidak mencintaimu
Untuk tidak merinduimu
Untuk tidak cipta sekalipun saat indah bersamamu
Ku tak mampu...

Kau Pergi

Kau pergi...
Matikan sinar mentari
Lenyapkan cahaya bulan hati
Pastinya tiada riak tawa diri
Pastinya hati sunyi sendiri
Selama ini dirimu pelengkap watak opera hati

Kau pergi...
Pastinya resah rindu hati
Pastinya tidak sama lagi
Wajah tak bersua lagi
Hanya angin lalu sampaikan hasrat hati
Penyambung jiwa berjauhan sebegini
Kau pergi...
Membawa hujan hati
Dalam kebasahan sinar pagi
Pastinya wangianmu diingati
Buat haruman kamar hati
Bila mungkin kita kan berjumpa lagi
Kau pergi....
Pulanglah ke pangkuan ini
Disini tinggal seorang diri
Mengharapkan agar bertemu kembali
Pastinya ada rindu lagi
Bertaut pada harapan ini
Kau pergi...
Sesak rasanya hati ini
Terasa hati bagaikan mati
Tak terdaya diri ini
Rindukan kenangan bersemi lagi
Pastinya tertulis kesinambungan diari sepi ini

Ahad, 23 November 2014

Dimanakah Kehidupan Kita Sekarang?

Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Seakan ada hilang cebisan hidup kita
Seakan tidak pernah mencukupi bagi kita
Seakan ada kekurangan lagi keperluan kita
Seakan pertanyaan hidup masih silang kata
Miskinkah atau kayakah hidup?
Cukupkah atau sempitkah keperluan?
Adakah kehendak atau keperluan?
Persoalan ini datang bertandang
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Seiringkah dengan perjalanan iman dan taqwa
Ada jiwa yang masih kekosongan
Ada jiwa yang masih tidak tenang
Ada jiwa yang masih resah gundah
Ada jiwa masih rasa kekurangan
Ada jiwa yang masih tertanya
Dimanakah kehidupan kita sekarang
Sekali mendongak ke langit
Takkan pernah melihat ke bawah kembali
Sekali berada di atas
Takkan pernah kisah orang bawah
Sekali sesat dalam harus kehidupan
Takkan pernah kembali ke jalananNya
Mengapa kehidupan dulu jadi bandingan?
Mengapa dulu ramai anak tapi berjaya?
Mengapa dulu tanah sekangkang kera tapi bahagia...
Tiada harta...tiada apa-apa
Tapi senang hatinya
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Sehingga gajet arini pemisah jiwa insan
Alpa dan lalai pemusnah sesebuah ikatan
Tapi tidak takut dengan Tuhan
Pegangan dan amalan kita tinggalkan
Tidak takutkah pada zaman pengadilan
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Tiba masanya minda dan hati serah padaNya
Tiba masanya untuk berlutut dan menyembah
Bahawa iman dan taqwa mampu tenangkan jiwa kosong
Bahawa kita harus sedar untuk menghargai setiap kehidupan
Bagi menjawab setiap persoalan kehidupan
Dimanakah kehidupan kita sekarang?