Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

SEMALAM DI BUMI ANTENOM



Disini jejak kaki kita malam ini
Menyusuri laluan dalam terang lampu jalan
Memerhati blok-blok bangunan
Seakan kita orang lain di bumi yang terasing
Tetapi aku, dia dan kamu teruja meneroka
Mengabadikan pada arca di bulatan
Mercu bumi pahlawan
Kita disambut sebagai kawan

Bumi penghasil kopi
Dengan tetamu ceria ligat mata memerhati
Kita mencari erti serasi dalam membawa etika diri
Sunyi pekanmu dalam cahaya
Seketika menyapa sekawanan merpati terjaga
Berbaris-baris pada jalur yang melintang diam
Hati kami tenteram;damai menyetubuh waktu malam

Disiniku perhati gerak geri penggiat seni
Kumpulan muzik rombongan ini
Menyaji sembah memukau hati
Bersantai hibur berdendang riang
Membuat semua orang terhibur senang
Malam ini kita bergurau senda kongsi cerita
Kita akan ingat;rakam jadi diari
Pasti tidak akan lupa nanti
Kita bersahabat
Penghuni bumi ini menghulur tangan
Kita jadi kawan
Garisan landasan memberi salam
Setiakawan ini akan tersimpan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Catatan perjalanan Garisan Landasan Sabah,Tenom
09112015...0514 pm

Tiada ulasan: