Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 9 Disember 2015

MENGHIRIS PEDAS JIWA

Sakit
terhimpit sehingga menangis
jiwa dihiris halus nipis-nipis
berakhir dengan tragis

Lumat
disayat sehingga jadi kepingan
hati pasrah dikisar hancur
rancak diulang cincang

Renyuk
berkecamuk teruk wajah
lebur menjadi kisaran ingatan
hilang ditetak rindu

Sesak
dihentak lesung memori
panas cilinya berapi menunggu mati
berserah menanti kunyah
terhadam yang terpendam

Ingat
mesin masa ini mengisar
segala rempah kehidupan
menyatu ingatan dan pengalaman
pedas ini nanti akan mengingatkan
resepi barah ini merebak sehingga detikan renta usia


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
10122015....3.31 pm

Tiada ulasan: