Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 17 Disember 2012

Cerpen: Tewasnya Pahlawan Pribumi





























TEWASNYA PAHLAWAN PRIBUMI

Termanggu keseorangan Aki Manang di tepi tangga mengimbau zaman kepahlawananya menentang penjajah yang ingin merampas negaranya tercinta.Dia ingin membebaskan negara ini dari cengkaman komunis.Membebaskan tanahair ini dari agenda Presiden Soekarno yang ingin menjajah dan mengambil Sarawak sebagai tanah jajahannya.Tidak mudah baginya melupakan memori-memori ketenteraannya.Dia tidak ingin melihat kudrat dan semangatnya yang kuat dipersia-siakan begitu sahaja dari terus bersembunyi ketakutan di pelusuk hulu sungai Rajang.Tidak ingin menjadi pelarian di bumi sendiri."Ah...aku tak ingin penduduk rumah panjangku terus lari dan lari sebegini".."aku mesti bertindak!"."dari muara hingga ke hulu,asyik-asyik melarikan diri".Pengecutkah aku ini".`Aku mahu masuk askar!`Pantang keturunan nenek moyangku mengalah”.”Aku pegang semangat “Agi Idup Agi Ngelaban”! “Biar berjuang ke titisan terakhir!”.Sesekali kenangan itu satu-persatu keluar terimbaunya dalam usia yang kian mamah menyusuri waktu.Samar pada bayang ajal. Dirinya meniti kelewatan senja yang suram.Seperti menghitung detikan jam lama menunggu berhenti seperti dirinya sendiri.Dia masih ingat memori itu dan tidak akan lupa.Sampai bila pun dia tidak akan lupa.

Udara yang nyaman dari atas bukit Nanga Merama menuruni lembah itu sesekali menusuk ke kalbu hati Aki Manang sambil-sambil menyapa menyedarkan ia dari lamunan dan imbauan masa lalu.Tidak mudah bagi seorang patriot melupakan detik-detik cemas dan kisah-kisah semasa berkhidmat di bawah Tentera British apatah lagi di bawah satu pasukan tentera negara yang kental iaitu" Sarawak Rangers" dan "Iban Tracker" pada suatu ketika dahulu.Menempuh onak duri sepanjang perkhidmatannya menjadi seseorang tentera sehinggalah menamatkan perkhidmatan ketenteraannya semasa bersama Pasukan Polis Hutan di Kem Lanang Sibu.Dikedinginan kabus pagi itu tidak sekali-sekali tubuhnya berganjak dari anak tangga bawah rumah.Tangannya yang terketar-ketar mengeluarkan sekelumit tembakau bersama sehelai daun rokok nipah sambil digulung-gulung dan dimasukkan ke celahan bibir mulutnya..Tidak pernah tidak jatuh tembakaunya itu berjatuhan seakan-akan tidak dapat menggulung tembakaunya secara sempurna memandangkan penyakit tangannya yang terketar-ketar itu menjadi-jadi(Parkinson).Yang amat membimbangkan pula  adalah penyakit darah tinggi yang dialaminya Penyakit di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehingga pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendri.Tidak heranlah simpton seperti tangan atau badan terketar-ketar, masalah pergerakan tidak normal(dyskinesia), pesakit mengalami tekanan perasaan, tekanan darah akan lebih tinggi dan akan lebih menjadi parah jika dalam keadaan emosional.Seakan-akan dia merasa dirinya terbiar berseorangan atau egonya sendiri tidak mahu ke klinik atau hospital yang berdekatan.Biarpun anak-anaknya berusaha serta menasihatinya untuk mendapatkan rawatan ke hospital namun dia tetap menolak.Bukan masalahnya pada wang ringgit semata-mata.Elaun pencennya saja sudah memadai untuk menanggung perbelanjaan harian mahupun bulanan dirinya.Bukan tiada anak-anaknya mengirimkan wang ringgit.Malah mempelawa lagi supaya tinggal bersama mereka di Bandar.Pelbagai alasan diberikan. “Ah,buat habis duit kamu ja.Itu pun kalau kamu semua ada masa”.sindir Aki Manang dengan sinis. “Kalau aku tinggal di bandar, siapa pula menjaga rumah pusaka dan harta yang tinggal di sini.”kerasnya hati Aki Manang untuk mengiyakan pelawaan anak-anak dan cucunya.Adakah dia sengaja tidak ingin diubati atau rajuknya semakin parah terhadap sikap anak-anaknya.Terbiar keseorangan di pelusuk ulu Balleh.Tidak berteman dan hanya menghabiskan masanya di kebun buah-buahan dan satu-satunya kolam air tawar yang menjadi teman dirinya.Setiap pagi  dan petang Aki Manang akan ke kebun dan kolam kesayangannya.Tiada perkara yang hendak dibuat.Di usianya begini pada umur 71 tahun hanya banyak menghabiskan masa untuk berehat dan menjalankan aktiviti harian yang ringan.Terbayang bagi dirinya wajah anak-anak dan cucunya dalam kesegaran kabus pagi itu.Wajah anaknya Balang, Radin, Mikai dan satu-satu anak perempuannya Alis  datang terbayang bersilih ganti dalam slot imbauan ingatannya.
             “Ting..tong..ting..tong..menandakan jam pukul 7 pagi.Aki Manang tersentak dari lamunannya sekali lagi dan mempersiapkan diri untuk rutin wajib sehariannya.Masih mampu lagi kelibat dirinya mengatur langkah dirinya.Masih mampu lagi seakan-akan membuat pemeriksaan pagi buat skuad askarnya pada suatu ketika dulu.Sesekali dia melihat dan membelek-belekkan pingat dan sijil yang pernah diberikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dalam ketenteraan sepanjang tempoh perkhidmatannya.Satu persatu dipegang dan dibelek-beleknya.Antaranya “Queen Medal”, “The Malayan Campaign”, The Borneo Campaign(Brunei Rebellion), Pingat Peringatan Malaysia dan Pingat Perkhidmatan Terpuji.Sesekali senyum tanda bangga dengan apa yang telah dikecapinya semasa zaman kepahlawanannya.Semua pingat dan sijil disimpan rapi di almari keramatnya.Dia tidak mahu sesiapapun mengacau mahupun mengganggu barang-barang miliknya tanpa kebenaran.Biarpun cucu-cucunya.Tidak mudah untuk menyentuh apatah lagi kalau memegang.Kalau tidak mahu diteriak seperti seorang ketua platun yang memberi arahan dalam perbarisan, bagus jangan diganggu barang-barang kesayangannya.
               “Alangkah bagus mak dorang masih hidup, tidaklah aku sesepi begini”.Keluhannya lagi.Terlihat potret arwah isterinya yang pergi meniti lewat senja dan tidak akan kembali buat selama-lamanya.Pergi bersama kenangan empat orang anak.3 lelaki dan seorang perempuan.Pergi meninggalkannya terlebih dahulu.Pergi seperti saat dan masa ini sudah terhenti.Tiada sudah peneman sepi.Terdapat kekesalan terhadap sikap anak-anaknya.Terasa bersalah dan menyalahkan diri dia atas kematian isterinya pada suatu ketika dulu. “Kalaulah aku dekat dengan arwah pada masa tu, mungkin aku boleh berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya.”Keluh hati gundahnya.Kematian isterinya boleh diklasifikasikan kematian mengejut iaitu gabungan penyakit darah tinggi(strok) dan sesak nafas(asma) menyerang tiba-tiba.Sehinggakan isterinya itu terjatuh dan tergolek menyusuri lembah ladang padi bukit mereka.Pada masa itu Aki Manang berada di bawah untuk menghantar guni padi yang telah siap dituai.Bergegas Aki manang berlari mendaki bukit dan guni yang dibawanya dihempas sebegitu sahaja.Pendakiannya makin deras dan laju.Jantungnya berdegup kencang.Seakan-akan tak terhenti gendang dipalu bertubi-tubi.Sesampai di tempat isterinya, bergegas Aki Manang memeluk erat dan berusaha mencuba semampu mana terdaya untuk menyelamatkan isterinya.Namun tidaklah berhasil.Pasrah,sedih dan tangisan dan laungannya memecahkan suasana dingin petang pada hari itu.Sehingga kedengaran di sebelah lading jiran yang berdekatan. “Janganlah kau pergi Bani”. “Kenapa kau tinggalkan aku dahulu?”. “huhuhu……Bani” .rintihan Aki Manang yang tak terbendung lagi sakitnya.Bagaikan koyak hati Aki Manang.Luluh dan pedih tak terhingga.Sehingga pemergian isterinya Aki Manang bertekad untuk terus tinggal di Nanga Merama dan menjaga kenangan yang dicipta bersama isterinya. “Tidak sesekali aku meninggalkan kubu ini.Tidak sesekali juga bagiku melupakan kenangan bersamanya.Betapa aku sayang dia.Betapa aku rindu dan sayang tempat ini”.Jauh khayalan dan imbauan nostalgia lamanya.Seakan-akan kembali ke zaman hitam putih televisyen.Kembali mengimbau nostalgia bersama isterinya.
               Langkah kanannya menuruni tangga rumah sudah pasti dia menjalani rutin wajib sehariannya.Kebun buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, mata kucing, nangka dan cempedak semestinya riang gembira menanti kunjungan tuannya.Menunggu masa untuk disentuh dan disapa.Hanya itulah dibuatnya.Menebas, membersihkan daun dan ranting sekeliling.Termasuk bunga buah-buahan yang berguguran tidak lama lagi menunggu masa untuk berbuah dan sudah pastinya masak ranum.Bunga buah yang berjatuhan itu menandakan beberapa buah itu tidak jadi dan mana-mana yang tinggal itu nanti akan berbuah dan menunggu masa untuk dituai atau diambil. “Kalaulah anak cucuku pulang musim durian dan buah-buahan lain tiba nanti, alangkah bagus mereka ada disini.Dapatlah mereka merasa titik peluh aku usahakan untuk mereka sebenarnya”.bisik hati kecil Aki Manang. “Semuanya ini untuk mereka.Apa benda lagi yang membuatkan mereka tak pulang-pulang melawat.Sekali pun sudah mencukupi.Inikan lansung tak Nampak batang hidung.”keluh hati sedihnya lagi.
               Melalui jalan denai kebun sehinggalah menuruni bukit, Aki Manang menuju kolam air tawar kesayangannya.Janganlah sesekali menangkap ikan di kolamnya ini tanpa kebenaran kalau tidak mahu diteriak.Mencuri lagi pastinya dihukum.Benih-benih ikan yang diperolehi dari Jabatan Pertanian dahulu kini membesar dan malah bertambah banyak berkali-kali ganda hasilnya.Memang minat Aki Manang memelihara ikan.Ada sesetengah ikannya sudah dijual dan dibeli peduduk-penduduk yang berdekatan.Malah ada juga sanggup mengamalkan Sistem “Barter” atau pertukaran barang-barang dengan ikan atau buah-buahannya.Inilah sebab mengapa Aki Manang mudah didampingi kerana kemurahan dan keihlasan hatinya.Jangan sahaja tanpa pengetahuannya.Sesekali tangannya terketar-ketar mengambil baja ikan.Sesekali itu juga memori silamnya menyusuk satu persatu di fikirannya.
Kajian menyatakan bahawa sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung dengan perang akan mengalami “Posttramautic Stress Disorder(PTSD). Kesan kecederaan fizikal khususnya melibatkan gangguan otak sehingga menyebabkan perubahan kimia dalam otak dimana akan mengubah tindakbalas seseorang terhadap tekanan di masa akan datang.Sehingga sekarang pun Aki Manang mengalami ketidakcelaruan dan rasa diri tidak selamat.Berasa gemuruh dan simpton ketaranya  adalah tangan terketar-ketar.Merasakan diri bersalah dengan pengalaman lalu.Kadang-kadang merasakan tidak berhubung secara realiti.Sesekali kenangan pahit dan peristiwa lampaunya semasa di medan peperangan menyusuk masuk ke dalam ruangan memorinya.Seakan masih segar peristiwa lampau.Seakan Aki Manang masih membayangkan setiap satu persatu  rentetan peristiwa.Sehingga satu persatu inci sudut kejadian boleh dirasakannnya sehingga sekarang.Ada pernah sekali dia menceritakan kisah perjuangan kepahlawanann kepada cucu-cucunya.Ada sesekali dia bercerita mengenai bau mayat bergelimpangan, bau asap bom, tubuh dikerumuni lalat dan ada sekali adegan seperti dalam cerita wayang koboi dimana Aki Manang berhadapan satu lawan satu.Seolah-olah setiap bait kata-kata disusun indah oleh sang pencerita bagaikan terlena cucu-cucunya mendengar pengalaman Aki mereka.Rasa bangga dengan keturunan yang gagah dan berani.Perkasa dan wira mempertahankan tanahair.Bak kata semangat pribumi bangsa iban “Agi Idup Agi Ngelaban” atau diterjemahkan “Selagi Hidup Masih Berjuang dan melawan”.Keperkasaan dan kepahlawanannya tidak berakhir di medan perang.Sekarang pun dia masih berlawan dan bertarung dengan dirinya menunggu masa jam di dinding berhenti.Menunggu waktu dimamah hari.Menunggu diri akan pergi suatu hari nanti.
     Bertimbulan ikan-ikan melompat kegirangan.Menari-nari dan bermanja-manja minta perhatian daripada tuannya.Segumpalan baja ikan dibuang satu persatu dari guni ke dalam kolam memberikan sarapan pagi buat ikan-ikan peliharaannya. “Aki….Aki….Saya mahu beli ikanmu”.Remaung yang muncul dari jalan denai belakang rumahnya menyapa Aki Manang dan sekaligus melenyap ingatannya sekali lagi. “Ya, Remaung.Apakah halnya terjerit-jerit dan terlolong-lolong ni? Aki dengar juga.Tak payah jerit kuat-kuat.Belum pekak lagi aku ni.”sahut Aki Manang. “Berapa kilo kau nak?” tanya Aki Manang. “Dduaa a kilo Akiii.”jawab Remaung dalam ketakutan. “Nanti Aki ambilkan timbangan dan bagi kamu nanti.”tegas Aki manang. “Yaaa…aaki”.Remaung memerhatikan gelagat Aki Manang menaiki tangga sambil terketar-ketar memegang baldi berisi ikan.Remaung kira-kira pangkat cucu juga buat Aki Manang.Kadang-kadang Remaunglah sekali-sekala datang melawat dan menjadi peneman buat Aki Manang tatkala anak-anak dan cucunya sendiri pulang sewaktu musim cuti sekolah. “Nah, ikanmu Remaung.Aki bagi lebih-lebih sikit buat kamu dan sekeluarga.Kirim salam buat ayah dan ibumu.”Aki Manang tersenyum melihat riak wajah Remaung yang kelihatan comot seperti tak terurus.Bukan masalah ibubapa membiarkan Remaung berada dalam keadaan begitu tetapi kenakalan Remaung bukan alang-alang hebatnya.Sepanjang hari tiada di rumah.Tidak ke sungai bermandi-manda, menangkap ikan dan mencari siput.Remaung bersama-sama rakan-rakannya asyik dengan dunia fantasi mereka sendiri.Dari hujung kampung ke hujung kampung.Dari darat ke sungai.Menjelajah seluruh kampung.Bermain sepuas-puas hatinya.Kadang-kadang gema ibunya memanggil sampai kedengaran memecah keheningan kesunyian Aki Manang. “Budak-budak katakan.”Jangan sahaja mereka bermain di sungai berseorangan sudah.”Takut pula tidak pandai timbul-timbul lagi”.bisik hati kecil Aki Manang.
              “Manang!Manang!ada pengambilan askar.Kamu mahu masuk askar?”pelawa Limbai menunjukkan riak muka penuh minat.Perkhabaran berita itu diterimanya dari seorang  penghuni dari rumah panjang berdekatan. “Masuk askar!Wah! bagusnya kalau kita dapat masuk askar.Mempertahankan bumi kita yang tercinta ini.Lagipun khabar angin komunis pun bermaharajalela di Malaya malah tidak lama lagi menyusup masuk ke negeri kita ini.”Aki Manang bersemangat dan rasa tidak sabar untuk menjadi seorang askar. “Di mana kamu dengar khabar ni Limbai?Sahih ke tidak ceritamu ini?Kalau benar di mana tempat pengambilannya?tanya Aki Manang dengan penuh minat lagi. “Aku dengar dari Penghulu Asun, Rumah Panjang Nanga Gaat.Dia berpesan kepada semua lelaki di Daerah Kapit yang ingin menyertai askar British untuk datang ke Fort Slyvia Kapit dalam minggu ini.Pengambilan sehingga ke hujung bulan ini.”Limbai meyakinkan Aki Manang mengenai perkara tersebut. “Kalau begitu kita masuk askar British ini dan maklumkan kepada rakan-rakan kita lain mengenai perkara ini.Biar ramai kita menyertainya.Subuh pagi kita bertolak.”pesan Aki Manang kepada Limbai.
      Begitulah saat-saat mula Aki Manang mengikuti pengambilan tentera British di Fort Slyvia Kapit pada Febuari 1952.Memulakan latihan ketenteraan di Bukit Siol, Kuching.Seterusnya belayar ke Singapura.Ditempatkan di “Commentwealth Army Camp”.Menaiki keretapi ke Port Dickson Negeri Sembilan, Malaya pada masa itu.Didedahkan dengan pengendalian senjata dan taktik perang.Pada Tahun 1953 menyertai Summerset Riffle Company iaitu pasukan “Iban Tracker”ditubuhkan. Menyertai Operasi Berterusan di Kajang Selangor ketika menentang pihak komunis.
     Tidak lama lagi musim cuti sekolah.Kebetulan pada masa yang sama musim buah-buahan pun tiba di penghujung tahun malah sehingga awal tahun berikutnya. “Minta-mintalah mereka datang melawat aku disini.Takkan pula aku yang pergi ke tempat mereka.”bisik hati Aki Manang.Mengharapkan semua anak-anak dan cucunya pulang ke rumah panjang untuk memecahkan suasana sunyi di rumah pusaka itu.Agar rumah pusaka itu sekali lagi berpenghuni dengan ramainya.Menganyam bibit kemesraan sesama keluarga memang seronok jika terkumpul semuanya.Banyak aktiviti boleh dibuat.Bagi cucu-cucunya, tiada lain yang menyeronokkan dan menhiburkan bagi orang kota iaitu Sungai Merama dan Air terjunnya yang berhampiran.Seperti melambai-lambai kehadiran orang asing untuk datang ke situ.Tidak sah bagi cucu-cucunya untuk menghabiskan sehari suntuk di sungai.Kalau sudah pergi waktu pagi, tidak sah juga kalau tak mandi di waktu petang.Yang paling istimewa nanti sudah pasti menjadi sasaran cucu-cucunya adalah kolam kesayangan Aki Manang. “Habislah ikanku nanti.Bukan lagi pergi memancing, silap-silap disitulah tempat mereka ni bermandi-manda.”bisik sekali lagi hati Aki Manang. “Apa yang kurang di rumah panjang ni? air “free”, lampu ada juga generator, ada buah-buahan nanti, kolam ikan, sungai dan tempat penyalaian.Sudah aku sediakan untuk mereka semua nanti.” Jelas hatinya berbisik sendirian.
        “Manang!Manang!”suara perlahan berisyarat daripada Prebet Juna sambil memberikan isyarat diam (silent signal) dengan menterbalikan isyarat bagus(thumb down) dan meletakkan isyarat di kepala sambil mengarahkan semua orang untuk mengambil posisi masing-masing.Beberapa saat dari itu kedengaran letupan kuat betul-betul berada dihadapan Aki Manang dan rakan-rakannya.Seakan-akan tidak percaya bahawa salah satu rakan mereka Prebet Lipa terhumban melayang di sebalik kepulan asap samar-samar pada masa itu. “Lipa!...Aki manang menjerit dan kedengaran bunyi tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh pihak komunis.Tiada masa lagi.Perhitungan samada untuk hidup atau mati ditangan nasib dan ajal semasa pertempuran.Sempat lagi Aki Manang bertiarap dan maju sedikit demi sedikit membawa senjata Rifle Mar-5nya untuk memeriksa keadaan Prebet Lipa.Dipeluk dan didakapnya Prebet Lipa yang sudah tidak bermaya tandus dan tidak kedengaran lagi sayup nafasnya.Aki Manang menangis kerana Prebet Lipalah satu-satunya rakan baiknya semasa di Platun 1st Commerset.Manakala Prebet Limbai  iaitu rakan sekampungnya diserapkan ke dalam Platun yanglain.Prebet Lipa terkorban di tempat kejadian berpunca jerangkap samar (Booby trap) yang dipasang komunis yang tidak diduga dimana kedudukan bom itu pada masa itu. “Serang!!!!Manang!!apa lagi kau tunggu?Musuh di depan sudah tu!Koperal Robinson mengarahkan Platunnya berjuang sehingga ke titisan yang terakhir.Aki Manang bingkas bangun meninggalkan Prebet Lipa dan menyertai Prebet-perebet yang lain serta Koperal Robinson dan Sarjan Arthur bertempur mengahdapi pihak musuh. “Agi Idup Agi Ngelaban”.Akanku hancurkan kamu semua!!!Aki Manang melepaskan tembakan ke arah musuh tanpa menghiraukan lagi nyawanya sendiri mahupun rakannya yang telah bergelimpangan menyembah bunyi. “Aku akan balas dendam.”bisik hati sedihnya dan semangat kentalnya berkobar-kobar ketika itu.Suasana pertempuran bertukar menjadi satu medan perang yang ganas dan menyeramkan.Sudahlah musuh yang sudah mati ditembak, dipotong-potong lagi urat leher serta ditusuk perut dan badan memastikan benar-benar seseorang itu sudah mati.Tiada belas kasihan.Masing-masing ingin hidup.Dipenuhi dengan sikapd dendam.Suasana dipenuhi dengan kepulan asap bom-bom yang dilepaskan.Kedengaran Machine Gun bertubi-tubi dilepaskan.Suara teriakan di sana sini kedengaran.Bau darah pekat segar yang mengalir di hutan Kajang pada masa itu amat menyusuk di kalbu Aki Manang.
                     Terhenti ingatan dan imbauanya sekali lagi.Kedinginan udara yang sejuk dan nyaman di hujung anjung Aki Manang menyapa kulitnya.Seakan-akan mengingatkan Aki Manang waktu untuk makan ubat.Bekalan ubat darah tinggi yang diperolehinya dari klinik semakin berkurangan.Kadang-kadang Aki Manang terlupa untuk makan ubat-ubatannya.Bukan juga semua anaknya tidak memperduli.Kekadang dia sendiri berfikiran begitu.Umurnya semakin lanjut usia semakin terserlah rajuk dan kerenahnya.Boleh dikatakan mencapai tahap nyanyuk juga.Apakah tidak kadang-kadang cepat marah.Menjadi pelupa.Kalau permintaanya tidak ditunaikan akan panjanglah rajuknya itu.Kadang-kadang alasannya sahaja mengatakan anak-anaknya tidak memperdulikannya.Baru dua minggu lalu Radin dan sekeluarga yang datang dari Kapit melawatnya.Hanya hujung minggu tertentu ada masa dapat diluangkan oleh Radin.Radin bertugas sebagai seorang guru namun kerana komitmen tertentu dia tidak dapat melawat ayahnya di rumah panjang.Bukan tidak dipelawa untuk tinggal bersamanya di Kapit malah Radin sanggup menjaga ayahnya itu.Mengatur makan minum serta kesihatannya.   
     “Ayah, bagus lagi ayah tinggal dengan kami.Sayang memang sayang rumah di rumah panjang itu ditinggalkan.Tetapi tiada yang dapat menjaga sepenuhnya.Tu…keluarga Remaung tu, takkan 24 jam mereka menjenguk dan memastikan keadaan ayah”.tegas Radin lagi. “Tapi bagaimana pula dengan buah-buahan aku disana?segala peliharaanku?kolam ikanku?rumah siapa yang nak jaga?habislah nanti tempat tu dikacau.Ada juga manusia yang mengambil hasilku nanti.”Aki manang mempertahankan pendiriannya lagi. “Betul tu betul ayah.tidak bermakna semuanya itu bagi ayah sekiranya dirimu tiada terjaga dan terurus.Tambahan lagi kesihatanmu pula membimbangkan kami semua.Janganlah ayah persalahkan Mikai dan sekeluarga tidak menjenguk ayah.Dia tu bertugas di Sabah.Kerja seorang guru tu banyak juga bebanan tugasnyaKalau pun pulang cuti budak-budak sekolah hujung tahun ja ayah.”Balang pun di Sibu.Sibuk juga dengan tugas polisnya.Bukan macam guru ni ada sedikit ruang hujung minggu dan cuti budak-budak sekolah yang dimanfaatkan.Balang tu kerja ikut Shift.Ada jadual dan susah juga dalam bab minta cuti ni.”tegas Radin menasihati ayahnya. “Ya aku tahu.Sesibuk manapun.Ayah tetap ayah!” sampuknya lagi. “Ada anak perempuan, ikut suaminya tidak pandai balik-balik sudah.Itulah kalau sudah terikut sebelah suaminya.”timbul tanda kekecewaan Aki Manang.Sememangnya rindu buat dirinya untuk melihat semua anak dan cucunya berkumpul semua.Dalam adat Iban dipanggil “ngugi”iaitu satu ketetapan yang perlu diikuti selepas perkahwinan dimana lelaki atau perempuan akan pergi ke rumah pasangan tertentu setelah diputuskan oleh kedua-dua orang tua.Misalnya anak Aki Manang Alis telah ditetapkan mengikuti suaminya.Jadi segala tangungjawab keluarga lebih ke sebelah pihak lelaki iatu Rubat suami Alis yang kini mereka sekeluarga berada di Bintulu.Sudah pastilah sekali-sekala sahaja keluarga Alis menjenguk ayahnya memandangkan kalau cuti sekolah mereka lebih terarah untuk kampung mertuanya di Bintulu.Kesian juga anak-anak Alis iaitu cucu-cucu Aki Remaung ini. “Ayah kena terima hakikatnya.Bukannya ayah berseorangan.Ayah boleh tinggal di sini.Biarlah Radin jaga sampai bila-bila.”jawab Radin turut sedih dan sepi.Ada kebenaran juga kata-kata ayahnya selama ini juga. “Nantilah ayah fikirkan, barangkali hujung bulan ini ayah akan ke Kapit.Ada benarnya juga yang diperkatakan oleh anaknya Radin.Sepatutnya dia sedar dengan tahap usia dan kesihatannya. “Darah tinggi tu bahaya ayah.Kalau tak terjaga boleh maut akibatnya.Strok pun datang, ayah!”jelas anaknya Radin lagi.
          Berlalu bot-bot kecil menyusuri sungai menuju ke hilir.Berombak-ombak pusaran air menandakan akan surutnya air sungai kerana kelihatan batu-batu sungai mula timbul di tepian sungai.Seakan menari-nari dan melambai Aki Manang untuk pergi ke Kapit pada hujung bulan Oktober. Ini.Aki Manang merasakan kudratnya tidak larat lagi seperti dulu.Kekadang hilang imbangan diri.Nasib baru-baru ini nyawanya tidak melayang gara-gara tergolek dan terjatuh ketika menebas rumput di kebun.Tambahan terjemur di dek kepananasan mentari tepat tegak di atas kepalanya pada masa itu.Kebetulan Bapa Remaung yang berada di sebelah kebunnya terdengar bunyi orang mengerang kesakitan meminta tolong.Tidak juga sedar Aki Manang akan kemampuannya.Dia merasakan dirinya masih gagah seperti zaman kepahlawanannya.Dia masih ingat ketika membawa bebanan mayat Prebet Lipa untuk dikumpulkan bersama askar-askar lain yang terkorban.Masih segar ketika menjalani latihan membawa bebanan batang kayu yang besar berlari-lari di kawasan kem latihan di Singapore Commenwealth Army Camp pada tahun 1952.
           Ada sekali Aki Manang berhadapan dengan lawannya satu demi satu semasa Operasi berlarutan yang melibatkan pertempuran dengan pihak Komunis di hutan rimba Kajang pada tahun 1953.Dimana Aki Manang kehabisan peluru dan pihak komunis itu pun kehabisan peluru.Aki manang yang terlebih dahulu menarik picu senapang Rifle Mac-5 menghala ke arah seorang komunis pada masa itu.Ditekannya picu namun tiada berbunyi.Aki Manang menerkam dan seorang komunis cina itu cuba melepaskan tembakan namun tiada peluru dilepaskan.Masing-masing kehabisan peluru dan bom tangan(hand granade).Apa lagi dengan bingkas komunis tersebut menghunuskan pisau belati yang melekat di hujung senapangnya ke bahu Aki Manang.Darah berkeluaran dari bahu sebelah kirinya mengalir deras dalam pergelutan itu.Aki Manang tidak mahu mengaku kalah. “Agi Idup Agi Ngelaban”.Aku potong kepalamu seperti moyangku pada suatu ketika dulu.”laungan semangat Aki remaung yang masih bergelut di hamparan tanah hutan rimba Kajang.Segala akar-akar kayu, becak dan penuh dengan dedaunan itu tidak diendahkan.Nasib dan ajal ditentukan dalam “Combat Battle” iaitu perlawanan mempertahankan diri.Dalam pergelutan itu, Aki Manang Berjaya merampas senapang komunis dan menikam dan menyusukkan hujung pisau belati itu ke dalam jantung musuh sedalam-dalamnya.Seperti melepaskan kepuasan dalam pertarungan itu.Leher komunis itu dikerat dan lencana Moa Tze Tung iaitu Pemimpin tertinggi Komunis diambil menandakan kepuasan Aki Manang bertarung satu lawan satu dalam “Combat Battle”.Namun dia rasa longlai dan tidak bermaya akibat tikaman belati tajam di sebelah bahu kirinya.Seakan-akan dirinya tumpas akan menyembah bumi seperti komunis yang telah dibunuhnya.Aki Manang tidak sedarkan diri.Hanya awang-gemawang hitam menyelubungi dirinya pada masa itu.Tatkala sedar tak sedar, Aki Manang mendapat rawatan oleh Unit Kecemasan.Sehingga lukannya diubat dan diberi ubat penahan kesakitan.
               Menaiki bot menyusuri Sungai Balleh dengan harapan baru untuk terus bersama anaknya Radin.Pelbagai soalan timbul.Terasa berat hatinya untuk meninggalkan ingatannya di rumah pusaka.Segala kebun, kolam dan binatang peliharaannya dijaga oleh ayah Remaung.Ini kerana dialah satu-satunya keluarga yang boleh diharapkan dan diamanahkan.Aki Manang yakin akan pilihannya.Kini dia merasa akan tinggal lama dengan anaknya Radin di Bandar Kapit.
              Aki Manang menyertai “Sarawak Rangers”.Menyertai Sarawak Police Constabulary pada tahun 1958 di atas nasihat Temenggong Jugah (Ministry of Affair) di bawah Colonial Government pada masa itu.Aki Manang menyertai PFF 14 dalam Divisyen ke 14 di Kem Riam, Miri.Pelbagai Operasi ketenteraan yang disertainya.Antaranya “Operasi lada Pedas”, “Operasi Ngayau”,”Operasi Sarak dan sebagainya pada tahun 1974.Pelbagai juga pingat dan sijil yang dianugerahkan kepada Aki Manang sepanjang tempoh ketenteraannya.Bersara dari ketenteraan pada tahun 1981.Begitulah perjalanan hidup kepahlawanannya.Banyak sekali jasanya kepada Malaya, Sarawak dan Negara Brunei(Rebellion) semasa penglibatannya.
             “Ayah dah makan ubat?Kopi tu sejuk dah.”Radin menyapa lamunan ayahnya yang sedang berehat di kerusi malas di tepian anjung.Sambil-sambil menghembus asap rokok seakan-akan kepulan asap peperangannya dahulu. “Belum.kejap lagi ayah makan.” “Syukurlah ayah.Biarlah Radin jaga ayah.”. “Kaulah saja Radin yang sudi jaga bapa.Yang lain tu, tiada yang pedulikan ayah”. “Sibuklah semua dorang tu ayah” “Kecewa ayah”. “Ayah sakit pun tiada mereka peduli”. “Nantilah ayah.Radin akan makluman kepada mereka.Suruh dorang balik jenguk ayah”. “Baiklah, ayah mahu rehat dulu.”
       “Mak Mindi!Mak Mindi!!Kedengaran suara mengerang dari arah ruang rehat di bahagian atas rumah.Mak Mindi tersentak dari keasyikan mencuci pakaian yang pada masa itu berada di bahagian bawah rumah.Kebetulan pada masa itu hanya tinggal mereka bertiga iaitu Aki Manang dan Mak Mindi bersama anak kecilnya yang berusia 3 tahun sedang tidur di ayunan.Bergegas langkah kaki Mak Mindi.Seakan-akan bukaan langkah seribu diatur terus menujui ke arah datangnya suara Aki Manang. “Ayah!Ayah!Kenapa ni ayah?” “Bawa bertenang ayah!Bawa bertenang!”Kedengaran suara Mak Mindi sudah berubah menjadi sedih.Tiadak tertahan dan tertanggung emosi yang dibendungnya, airmata Mak Mindi mencurah laju mencucuri pipi mukanya. “Ayah rasa sakit di bahagian dada ni”.Sambil-sambil Mak Mindi mengurut-urut dada ayah mertuanya. “Ayah rasa kebas  seluruh badan ni”.Aki Manang mengerang kesakitan.Sudahlah Radin berada di Sekolah tempatnya mengajar.Pada masa ini belum ada lagi kemudahan telefon bimbit.Mahu tidak mahu, Mak Mindi meminta tolong jiran sebelah rumahnya.Membawa Aki Manang bersama anaknya bergegas ke Hospital Kapit.Sesampai di Hospital Kapit, Mak Mindi memohon pertolongan untuk menghubungi suaminya Radin yang masih tidak tahu menahu berita terkini mengenai kesihatan ayahnya.Kelam kabut suasana di Hospital.Mak Mindi tidak tahu apa yang perlu dibuat sambil mendukung anaknya memerhatikan saja katil beroda yang dibaringi Aki Manang disorong masuk ke bahagian ICU(Unit Kawalan Rapi).Aki manang sekali lagi bertarung dengan nyawanya sendiri sekarang.Bacaan tekanan darah tinggi serta serangan jantung secara tiba-tiba membawa kisah keperlahwanannya kali ini diambang pertempuran sekali lagi.Kini pertempurannya bukan lagi dengan musuh komunisnya dahulu tetapi dengan dirinya sendiri.Terasa hilang sekali-sekala jasadnya dari bumi.Dalam sedar tak sedar Aki Manang yang dulunya pahlawan agung kini bertarung dengan gagahnya mempertahankan diri seperti “Combat Battle”.
          Mak Mindi tidak keruan dengan tindakannya.Tidak sabar menunggu suaminya.Tambahan tidak termampu bagi dirinya menelefon ke sana-sini kerana anaknya yang kecil turut menangis dan tidak tahu menahu pasal Aki Manangnya.Sesampai Radin di Hospital, terus mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal yang sebenar mengenai penyakit dan kesihatan ayahnya. “Bagaimana keadaan ayah?Apa punca sakitnya?Sudah doktor maklumankan?”Radin tersengah-sengah nafasnya sambil mengalirkan airmata kesedihan. “Tak tahu bang, kata doktor tadi macam Strok!Macam jantung!”jawab Mak Mindi yang masih dari tadi teresak-esak.Semakin laju airmata Radin mengalir.Selaju air Sungai Balleh yang melimpasi dan menyusuri jeram.Laju sehingga dia lupa dirinya.Dia terbayang sudah yang bukan-bukan difikirannya.Takut-takut ayahnya hilang selama-lamanya dari pandangan semua orang.Radin terus menghubungi abangnya berada di Sibu, adiknya Alis di Bintulu dan yang paling jauh sekali Mikai yang berada di Sabah.Radin turut juga menghubungi  dan memaklumkan semua saudara maranya yang tinggal di Bandar kapit ini.
        “Balang!Ayah kita masuk Hospital!.Doktor kata Strok dan serangan jantung!” termengah-mengah nafas Radin di talian.“Betulkah Radin?Bila lagi?”Balang terkejut terasa lidahnya kelu untuk berkata-kata.Dia sedar betapa sayangnya dia terhadap ayahnya.Sudahlah ibu mereka sudah lama meninggal.Kini sandaran kasih hanya pada ayah yang masih lagi bertarung dengan dirinya sendiri di Hospital Kapit ketika ini. “Saya akan minta cuti kecemasan.Saya pulang dan mudik ke Kapit juga pada petang ini menggunakan bot express yang terakhir petang ini”.Balang menamatkan perbualan mereka.Radin menghubungi adiknya Alis namun tidak berjaya. “Begini keadaan ayah kita  sekarang, kau berada nun jauh di pelusuk pedalaman Bintulu.Sukar betul untuk dihubungi”berkali-kali Radin cuba menghubungi nombor telefon jiran Alis namun tidak juga berjaya.Seterusnya Radin menghubungi Mikai yang berada di Sabah. “Mikai!Ayah masuk Hospital kena serangan jantung dan Strok tadi pagi.Kau tak pulang menjenguk?”Radin memaklumkan berita tersebut kepada adiknya. “Emm.seriuskah?Bagaimana keadaaannya sekarang?”soal Mikai lagi. “Kau ni, sudahlah ayah dalam ICU,kau masih katakan seriuskah tak?” ujar Radin lagi. “Belum cuti lagi ni.Tinggal seminggu lagi.Tambahan banyak kerja dan sibuk lagi di penghujung tahun ni.”balas Mikai lagi. “Kamu tidak pernah berubah.Ayah terlantar sakit, kamu masih fikirkan kesibukan lagi.Ayah di bilik ICU ni, kamu masih bernafas lega lagi.Sudah lupakah kamu kampung asal usulmu?Ayah kamu sendiri kamu sanggup abaikan.”Radin dengan nada marah memarahi adiknya. “Kamu memang mementingkan diri!Mintalah cuti sehari pun untuk ayah pun, kamu tak boleh.Apatah lagi kalau ayah sudah meninggal nanti.Seperti hidup saya tidak mempunyai adik-beradik!” “Kalau kamu ada masalah kewangan saya boleh kirimkan wang.Sudahlah adikmu Alis pun sukar untuk dihubungi.”dengan nada marah dan sedih Radin kecewa dengan sikap Mikai.Radin terus meletakkan gagang telefon awam yang berada di persekitaran Hospital tersebut dan segera mendapatkan perkembangan ayahnya.
              “Saya akan berusaha untuk pulang esok Radin.Saya akan cuba.Maafkanlah adikmu ini.”Bisik hati Mikai sambil memikirkan kesihatan yang dialami oleh ayahnya pada ketika dan saat ini.Dari kecil lagi, kedua-dua adik beradik ini memang tidak serasi.Bergaduh sahaja dibuatnya.Ada saja benda diperebutkan.Sama-sama ego dan tidak mahu mengalah.Tetapi masa kedewasaan dan alam kekeluargaan mengubah pegangan dan pemikiran sesama sendiri.Namun masih ada secebis keegoaan yang tinggal sehingga menepis konsep kemanusiaan.Kalau mengikut cerita Aki Manang suatu ketika dulu, kedua-duanya suka bergaduh namun kedua-duanya berjalan bersama-sama.Menghilang bersama-sama.Apa tidaknya satu kepala.Tidak lain tidak bukan berbasikal, melastik burung dan menangkap tupai.Bagi diri Balang pula, beban sebagai anak sulung sudah dipikulnya dari usia muda sekitar 17 dan 18 tahun umurnya bagi menyekolahkan adik beradiknya.balang menyertai Pasukan Border Scout dan telah menemui jodohnya dalam usia muda.
                Sugul di riak wajah Radin.Wajah yang menampakkan rasa resah,sedih dan rasa kepenatan.Kenapa tidaknya sepanjang hari ini, kesana kemari menelefon dan memaklumkan kepada saudara terdekat yang tingal di Bandar Kapit itu.Timbul persoalan sama ada abang dan adik beradiknya akan datang melihat dan melawat ayah mereka.Bercampur baur perasaanya ketika ini.Persoalan yang akan terbayang oleh setiap insan pada saat yang kritikal sebegini.Kematian memang pasti tetapi kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu.Hanya kita mapu berdoa dan berserah kepada setiap urusan-Nya.Radin merasakan dirinya terasing seperti Bilik ICU itu memberikan pelbagai kemungkinan.Suasananya amat sunyi.Sehingga ada pendapat tertentu mengatakan roh-roh sudahpun berjalan-jalan serta berlegar di kawasan itu.Hanya menunggu sebarang kemungkinan.Hidup?atau Mati?Persoalan sebeginilah yang menghantui perasaan Radin.
                “Radin sekiranya ayah sudah tiada nanti.Kau uruskanlah rumah pusaka dan harta peninggalan yang ada ini.”Aki Manang membuka perbualan mereka pada suatu malam yang dingin dan nyaman udaranya di anjung rumah Radin yang terletak di lereng bukit. “Kenapa ayah kata begitu?Janganlah ayah fikir yang bukan-bukan!Ayah sembuh juga tu nanti.”Radin meyakinkan ayahnya. “Betul nak!Kau kumpulkanlah adik-beradikmu yang berjauhan tu.Berilah nasihat kepada mereka, sudi-sudilah menjenguk rumah pusaka kita.Radin peliharlalah rumah tu nanti.Buat pembaikan.Manalah tahu, suatu hari nanti ada juga cucu-cucu ayah tinggal dan menjaga rumah itu kelak.”Pesan Aki Manang kepada Radin.Oleh sebab itulah Radin tak keruan hari ini.Seakan-akan ayahnya telah memberi amanat dan salam yang terakhir buat diri mereka adik beradik.
                   “Bagaimana dengan keadaan ayah Radin?Apa perkembangannya? “dalam tak sedar terlena ingatannya, Radin tersentak ada suara menyapanya iaitu Balang. “Eh bila sampai?soal Radin. “Adalah dalam 20 minit yang lalu”.balas Balang.Bagaimana keadaannya?”Tanya Balang sekali lagi. “Diagnosis awal Doktor ayah disahkan mengalami serangan jantung.Kata Doktor “Arteri Koronari tersumbat.Tambahan lagi, bacaan suhu tekanan darahnya pun tinggi.Terbiar penyakitnya tu Lang!Bercampur-campur sudah.Hipertensi kriktikal pun ada juga Doktor sebut.Terdapat juga saluran darah di bahagian urat belakangnya yang menuju ke otak pun tersumbat.”terang Radin lagi. “Ayah masih tak sedarkan diri lagi tu!.Bergantung kepada tangki oksigen.”jelas Radin secara terperinci.Manakan tidak, segala penyakit ayahnya tidak dia ketahui.Perasaan bimbangnya memaksa dirinya bertanya kepada Doktor dengan lebih mendalam.Sudah pun Doktor memaklumkan bahawa pihak Hospital pun tidak berjanji bahawa ayah Radin akan sembuh.Kekurangan peralatan Hospital penyebabnya bagi Hospital yang kecil seperti Hospital Kapit membuat pembedahan pintas arteri koronari mahupun pembedahan melibatkan otak.Kemungkinan besar esok pagi akan dikirimkan ke Hospital Sibu atau ke Hospital Kuching. “Kesian ayah kan Radin?Terlampau terbiar ayah selama ini.Saya sendiri pun tidak ada masa.Maklumlah kerja Polis ini kena ikut shift kecuali kalau kecemasan sahaja boleh terus dapat kelulusan cuti dalam tempoh 24 jam.”terdapat timbul kekesalan di benak hati Balang.
             “Ha, apa cerita adik kita Mikai?tanya Radin. “Katanya dia akan bertolak esok.Guna penerbangan kecemasan.”jawab Balang. “Betul-betul dia buatkan saya marah.Adakah patut dia jawab dia terlampau sibuk katanya.Belum pasti lagi kalau pulang.”jawab Radin. “Kalau cerita bab kesibukan ini, semua pun sibuk.tapi inikan ayah kita.Betul-betul pentingkan diri!Hilangkah sudah darah dagingnya di muka bumi ini sehingga ayahnya sendiri dia abaikan”.Radin mengeluh kesah dan kecewa dengan sikap adiknya Mikai.
             Kedua-dua adik beradik ini berjaga di depan bilik ICU menunggu saja perkhabaran dari Doktor yang merawat ayah mereka.Jam menunjukkan 4. 38 pagi.Daun pintu ICU dibuka dan Doktor Arif keluar setelah selesai membuat pemeriksaan berjadual.Segera Radin dan Balang mendapatkan Doktor tersebut. “Doktor!Doktor!..Radin memanggil Doktor Arif.Bertanya kepastian tentang perkembangan semasa ayahnya. “ Ya, boleh saya bantu?”jawab Doktor Arif lagi. “Bagaimana keadaan ayah kami, Doktor?”Tanya Radin yang tak sabar menunggu berita dari tadi lagi. “Keadaanya stabil buat masa ini.Dia sudah pun sedarkan diri tetapi masih dalam keadaan tenat sekali.Hari ini kami akan hantar ayah kamu ke Hospital Sibu atau Kuching.Mereka mempunyai peralatan yang mencukupi di sana.Tetapi kalau kamu semua mampu, kami boleh tolong hantarkan terus ke Institut Jantung Negara(IJN).”jelas Doktor Arif lagi. “Sejak bila ayah kamu kena serang sakit jantung ni? Kalau diikutkan dari analisis, sudah lama ayah kamu ni menderita penyakitnya ini.Terdapat beberapa siri serangan jantung awal yang kamu tidk ketahui.Nasib ayah kamu ni cekal dan tabah.Kental lagi orangnya.”tambah Doktor Arif lagi.Kedua-dua adik beradik itu berpandangan sesama sendiri. Sudah sekian lama ayahnya terbiar.Sehinggakan pahlawan agung mereka merahsiakan segala kesukaran, kepahitan dan kesengsaraan selama ini berseorangan di rumah pusaka mereka.Tak terbayang bagaimana situasi ayah mereka berhadapan dengan situasi genting.Tiada teman dan penjaga.Hanya bertemankan sepi di pelusuk hujung dunia.Terasing sehingga kenteks kemanusiaan pun terpisah dari norma jalan kehidupan seseorang.
         Aki manang kini berada di Hospital Sibu.Masih lagi bertarung dengan nasib dirinya.Perlawanan antara hidup dan mati.Tenat dan lesu tidak bermya.Seakan-akan dia terimbau lagi kisah peperangan “Combat Battle” pada suatu ketika dulu semasa zaman komunis lagi.Pertempuran kali ini yang terbesar atau sama ada yang terakhir baginya.Cukup kental,gagah dan perkasa selama ini Aki Manang bertahan di rumah pusaka itu.Kali ini dia terpaksa akur.Masih ada lagikah sinar yang dirasakannnya dan dilihatnya semasa pertempuran di Kajang.Imbauannya sayup-sayup masuk satu persatu mengimbau dirinya menempuh perjalanan dalam keadaan luka berdarah akibat tusukan pisau di dada sebelah kiri sehinga dijumpai oleh rakan seplatunnnya.Merangkak, jatuh dan tersungkur di hamparan akar kayu yang menjalar di hutan kajang pada masa itu.Begitulah saat sekarang ini yang dirasakan olehnya.Semua penyakitnya berdasarkan darah tinggi dan fungsi jantung.Tangannya yang terketar-ketar pun ada kaitan dengan jantung.Faktor tekanan darah tinggi, kolestrol yang tinggi, pengambilan garam yang tinggi, merokok, mengalami proses penuaan rasa seask di dada yang berlarutan.Mengikut kajian, Penyakit jantung Koronari tersenarai sebagai penyakit nombor satu di dunia, dan dianggap “musuh nombor satu” dalam kehidupan yang paling ditakuti.
         “Baru muka muncul!Itu pun ayah sudah berada dalam keadaan sebegini!Radin memarahi adiknya.Apakah benda kesibukan kamu itu sehingga ayah kau letakkan ketepi keutaan kehidupan kamu!Sudahlah kamu tak balik-balik lagi menjenguk ayah.Sudah tiga tahun lamanya kamu tak pandai pulang-pulang.”tegas Radin lagi.Sama saja sikap kamu dengan adik Alis kamu!Langsung tak memperdulikan ayah”.Dengan nada marah dan menyindir Radin terus mendapatkan Mikai yang baru saja sampai.tiada kata salam.Apatah lagi perkataan “Selamat Datang”.Terus digugurkan bom yang terus meledak di puluhan orang yang berkumpul di suatu tempat.Mati kesemuanya.Tiada unsur belas kasihan.Sudahlah Mikai baru saja sampai mendarat dari Lapangan terbang terus menuju ke Hospital.Belum berkata-kata lagi sudah ditembak dengan kata-kata sinis dari abangnya Radin. Bagaikan mencurahkan minyak ke dalam api, bertambahlah marak api menjulang langit.Apa lagi, Mikai pun apa kurangnya. “Kau tu memang anak kesayangan ayah dari dulu!Apa yang diminta, pasti akan dapat.Silap-silap harta ayahpun kau bolot semuanya!”Semuanya perbelanjaan aku sebelum masuk jadi Polis dulu semuanya aku kena merangkak, bersusah payah mencari kerja Sembilan dan berusaha untuk capai cita-citaku dan seterusnya menjalani latihan di Maktab Perguruan Keningau.Tiada aku minta sesen pun dari duit ayah.”jelas Mikai lagi.
     “Aduh!..aduh! kamu berdua ni, asyik bertengkar ja.Kalau didengar ayah , makin parah lagi jadinya.Kamu berdua tak tahu malukah!Ramai orang di sekeliling kita ni.”Balang menenangkan ketegangan kedua-dua adiknya. “Sekarang ni bukan sebab pulang ke tidak?Lupakanlah yang berlalu”.Sekarang kita kena fikirkan tentang ayah.” “Sudahlah Hospital Kapit tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, di hantar lagi ke Sibu.Silap-silap yang aku dengar tadi akan dihantar terus ke Kuching.Ketiadaan Doktor Bedah di Haospital Sibu sekarang ni.Itupun menunggu prosedur dan lampu hijau dari Hospital Kuching.Kalau tidak sebelah pagi ni!Sebelah petang akan dihantar.”Radin mententeramkan keadaan.Kedua-dua adik beradik itu turut berdiam.
           Waktu melawat hanya dibenarkan 1 atau 2 orang sahaja masuk di bilik ICU.Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali.Mikai diberikan antiseptic khas untuk tangan sahaja untuk mengelak terkena jangkitan.Di bilik inilah tahap virus dan kuman pada yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak tak dibenarkan.Seakan berat kelopak airmata Mikai.Dia berseorangan pulang.Ahli keluarganya tidak turut serta.Seperti berat langkah kakinya masuk ke bilik tersebut.Seperti tak tertahan sebak di dadanya.Keadaan bilik yang sunyi sepi seperti rasanya tak berpenghuni.Seperti ada jiwa yang kosong tertinggal di dalam.Seram dan suram bayangan fikirannya.Dari jauh pandangannya tak terlepas pada katil No.4.Seakan-akan wajah yang dia kenali dulu jauh berbeza dari kali terakhir waktu Mikai pulang ke rumah pusaka itu.Khasnya ke Nanga Merama, Balleh Kapit.Tak terbendung perasaan Mikai.Tak terkawal hati dan airmatanya.Jatuh bercucuran menitis bagaikan hujan lebat di waktu tengahari itu.Tak terdaya langkahnya melihat.Dilawan perasaan rindunya.Bergegas Mikai mendapatkan ayahnya.Dipeluk dan didakapnya.Timbul kekesalan memanjang.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Dihembuskanya perlahan-lahan.Betapa situasi itu sudah cukup menggambarkan semuanya.Aki Manang jauh susut rupanya tidak seperti dulu hanya memandang pada pandangannya yang samar-samar.Jauh sekali perubahan fizikalnya.Sukar sekali dibayangkan.Kita boleh Nampak perbandingan kulit badan asli kita yang sihat berbanding dengan kulit tubuh Aki Manang.Warna kulit nya seakan kuning langsat yang kering.Aki Manang diberikan antibiotik untuk mematikan kuman dan satu lagi ubat iaitu Ubat penenang Pain Killer).Oleh sebab itulah Aki Manang masih bertahan di Hospital sehingga ke sekarang ni.
       Kalau diikutkan kata Doktor, fungsi jantungnya tersumbat dan perlu di bedah melalui pembedahan pintas arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty.Tetapi ini membahayakan kerana terdapat pintasan itu rapat dengan saluran menghala ke otak.Sebab itulah akan menyebabkan strok peringkat tinggi.Silap-silap boleh mendatangkan maut.Pengesanan melalui Ekokardiogram Transesofagus(TEE) merupakan prosedur pengimejan yang nenembusi tubuh yang neghasilkan gambar pergerakan, injap dan kamar jantung dengan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi yang dikeluarkan oleh transduser kecil yang disalurkan menerusi tekak pesakit.Oleh sebab itulah Doktor berani membuat kesimpulan bahawa Aki Manang memang tidak boleh diselamatkan walaupun melalui kaedah pemebedahan.Dikenalpasti juga punca sejarah penyakitnya kerana terdapat darah beku di bahagian kepala akibat kesan hentakan semasa jatuh.Barangkali jangka hayatnya dalam minggu ini sahaja.
       Doktor memanggil kesemua mereka adik beradik untuk memberikan makluman dan perkembangan terkini penyakit ayah mereka.Kelihatan Balang, Radin dan Mikai bersama-sama di bilik Doktor Wong  dengan wajah yang sugul seperti tiada harapan mendengar penerangan yang diberikan. “Tuan-tuan semua, Penyakit ayah kamu ni di peringkat yang kritikal sudah!Kalau diselamatkan pun ada peluang 50:50.Itupun tuan-tuan sanggup pergi ke Institut Jantung Negara di  Kuala Lumpur.Itupun belum pasti pembedahan itu berjaya.Ini memandangkan ayah kamu berada di peringkat kritikal dan terdapat jangkitan kuman di saluran darahnya yang tersumbat.”terang Doktor Wong. “Tiada cara lain lagikah doctor?soal Mikai. “Seharusnya lebih baik ayah kamu dibawa pulang untuk menikmati hari-hari yang ada.Kita akan bekalkan bekalan ubat kepadanya sebagai penahan sakit dan ubat melambatkan pencegahan kuman.Banyakkan berdoalah pada masa ini.Manalah tahu ada mukzizat dan kuasa Tuhan boleh menyembuhkan.
    Kelihatan mereka tidak terkata apa-apa.Kelu lidah sehinggakan suasana bertukar menjadi hening, sunyi dan masing-masing terdiam.Ketiga-tiga adik beradik itu memutuskan untuk membawa pulang ayah mereka.Berat langkah kaki keluar dari bilik Doktor Wong.Bagaikan tidak terbit lagi waktu subuh pagi.Bagaikan hari-hari akan datang penud dengan kesuraman.Tak lagi indah.Tiada bunga mekar.Petanda sudah dibagi.Keputusan kesihatan Aki Manang sudah diketahui.Keesokan hari sudah pasti aki Manang akan dibawa pulang ke Nanga Merama Balleh, Kapit.Sekali lagi menongkah arus sungainya yang berjeram-jeram.Kembali ke kampung halaman.Kembali ke rumah pusaka yang ditinggalkan.Bagaikan ada persiapan menunggu pahlawan agung tiba.Seperti ssemuanya sudah menjangka rentetan peristiwa berlaku.Aki Manang terkenal dengan keramahannya.Biarpun dirinya tegas namun ramai yang menyukainya.Tidak kedekut dengan ilmu yang ada.Rajin membantu orang lain.Pernah sekali dulu jasanya yang tidak akan dilupakan penduduk kampung disitu iaitu menyelamatkan dua orang budak yang lemas mandi di Sungai Balleh.Seorang dapat diselamatkannya dan seorang lagi berjaya diselamatkan namun meninggal dalam perjalanan ke Hospital Kapit.Bertarung dengan nyawanya sendiri Aki Manang di Sungai Balleh yang deras itu.Menyelamat sambil menyelam ke dasar kerana seorang lagi budak sudah tenggelam dan hanyut berdekatan kuala Nanga Merama.Kenapa tidaknya Aki Manang disegani dan dihormati di kampung halamannya.
           Sudah beberapa malam Aki Manang di Rumah Pusakanya sendiri.Berserah takdir menunggu hari yang tidak pasti.Yang pastinya rumah Pusaka yang sunyi dulu kini berpenghuni.Ceria kembali ada seri.Tetapi serinya tidak sama seperti serinya dulu.Keadaan berbeza tidak sama.Hanya kelihatan Aki Manang berbaring tenat di kelilingi anak menantu menjaga makan minum yang tidak ada rasa pada dirinya.Kekuatan dan kegagahannya dulu hilang.Tiada lagi semangat.Sesetengah orang ada yang tidak dikenalnya lagi.Pakaiannya sendiri pun orang tukarkan.Tidak boleh berbuat apa-apa lagi.Menunggu detik dan saat waktu jam berhenti.Seperti detikan jam besar di dinding rumah yang telah lama dan using menunggu masa pusingan kuncinya berhenti.Berbeza dengan Aki Manang.Dirinya tidak boleh kembali sihat dan iubati sehingga sihat menjadi orang yang bertenaga kembali.Manakala jam besar yang berkunci, habis waktu pusingan jamnya, bila di kuncikan kembali ia akan bergerak seperti sedia kala. “Kita perlu bersiap sedia Radin…Mikai!”Ayah nazak dah tu!Kita kena terima keadaan ini.Bersiap sedia saja kita tempuhinya nanti.Di kedinginan malam yang sunyi sepi itu, sayup-sayup suara subuh pagi keluar dari halkum Aki Manang.Kebetulan Mikai yang masih setia berada disampingnya terus mendekatkan telinganya kea rah muka Aki Manang. “Miiikaiii!..ayah rindukan kamu semua.Ingat nanti pesan ayah!Sudah ayah pesan kepada Radinnn!Ayahhh….maafkan kamu semuaaa!”sekelumit kata yang sempat diucapkannya.”Ayahhhhhh!!!Ayahhhh!!!!!Jangan tingalkan kami!!!Mikai menangis seakan-akan meraung kesakitan.Pedih hati.Luluh rasanya.Balang dan RAdin yang berada di luar bergegas masuk ke dalam rumah dan terus mendapatkan ayahnya.Tiada apa-apa yang mampu dibuat.Memeluk dan menangis mengelilingi ayahnya. “Ayahhhh!Jangan tinggalkan kami!semua dalam rumah itu menangis.Bertambah hiba suasana pada masa itu.Dari anak-anak, anak menantu,cucu dan saudara maranya turut menangis.Sebak yang mendalam.Tak terkata perasaannya.
     Kini pahlawan agung yang kental dan banyak berjasa kepada Negara Malaysia mahupun Negeri Sarawak telah tumpas dan gugur dimedan perjuangan hidup ajalnya sendiri bukannya tumpas di medan pertempuran dengan Jepun mahupun pihak Komunis.Tumpas pada awal pagi 9 Disember 1997.Pahlawan yang mengikut jejak rakan-rakannya yang lain telah tumpas juga akhirnya seperti Prebet Lipa dan rakan karibnya Prebet Limbai.Hanya kenangan dan memori semalam yang tinggal.Satu catatan kronologi hidupnya yang lengkap diceritakan kepada generasi akan datang.Tidak disangkal jasa dan baktinya.Seorang manusia biasa namun telah menjadi orang yang luar biasa.Adakah ikan-ikan di kolamnya selepas ini masih lagi menari-nari dan melompat seperti tuan punya badannya?Kebun buah-buahan yang melambai-lambai pasti kedatangannya masihkah menanti tuannya?Tidak sama keadaannya bila kita rasa kehilangan seseorang.Begitu juga dengan alam yang dekat dengan diri Aki Manang selama ini.
       Semua keluarga dari pelusuk Negeri Sarawak datang dengan wakil masing-masing.Seperti satu kemestian.Apatah lagi melibatkan saudara terdekat.Akhirnya muncul Alis dan sekeluarga iaitu adik bongsu dan anak Aki Manang yang ditunggu-tunggu.Tinggal mereka lagi orang penting sebelum Aki Manang bersemayam selamanya.Sebelum wajahnya ditatap buat kali terakhir.Sebelum diabadikan peninggalannya nanti.Sesampai sahaja Bot Express di tebingan Sungai Balleh, Alis dengan langkah seribunya menangis teresak-esak membiarkan airmatanya deras mengalir seperti air sungai menyusuri jeram.Mendapatkan ayahnya yang sedang terbaring dan tidak bernyawa.Hiba suasana.Yang lain sudah berhenti menangis terikut-ikut kembali menangis.Siapa yang berada di situ pada masa itu tetap akan mengalirkan airmata.Kenapa tidaknya, satu-satu anak perempuannya yang jarang sekali pulang melawat ayahnya.Seakan beribu abut jauhnya jarak terpisah.Masing-masing dengan kehidupan bekerluarga.Adat “ngugi” yang memberikan kesan-kesan tertentu dalam norma kehidupan bangsa Iban.Ada baik-buruknya adat ini.Bila perkara seperti ini terjadi.Beginilah kisahnya.Kalaulah Alis tinggal dengan ayahnya dan suami Alis ikut ketetapan Alis.Barangkali kesihatan Aki Manang terjaga dan teratur segala kehidupan hariannya. “Ayahhhh!!!Jangan tinggalkan Alis Ayahhh!!!Alis rindukan ayah!!!Alis minta maaafff!!huhhuhuhu…….”Ayahhh!!!
        Urusan pengkebumian Aki Manang akan di adakan esok.Segala persiapan akan dibuat.Rumah Pusaka yang besar itu memuatkan ramai orang didalamnya.Semuanya terkumpul.Memberi penghormatan terakhir kepada Aki Manang.Arwah yang pergi bersama jasadnya meninggalkan keluarganya yang tercinta.Sesekali suara tangisan menemani suasana rumah itu.
       Upacara pengkebumian telah selesai.Kuburnya disimen dan dihiasi rumah kuburan dimana dalam adat Iban barang-barang peribadinya ditanam bersama didalam kubur.Manakala beberapa barang-barang lama seperti tajau dan sejenis gong(bebendai) mahupun keperluan asas yang lain disimpan diatas simen tersebut.Dibuat pagar-pagar dan kuburnya dihiasi dengan bunga-bungaan.Begitu hebat penghormatan bagi arwah atau mendiang Aki Manang.Semuanya pulang dalam ketenangan dan ada hidup yang perlu diteruskan.Catitan perjalanan hidupnya akan diabadikan.Biarpun tidak ternama seperti rakan-rakannya lain yang ditempatkan di kuburan Iban Tracker di Kuching.Namun sudah memadai bagi pahlawan ini menjadi seorang manusia biasa yang dikelilingi oleh orang-orang biasa yang berkongsi tempat yang sama diabdikan di tanah perkuburan penduduk Rumah Panjang Barieng di Nanga Merama Balleh Kapit.
        Radin mengumpulkan adik-beradiknya.Memberitahu amanat mendiang ayah mereka mengenai rumah pusaka dan harta yang ditinggalkan. “Rumah pusaka ini adalah milik kita semua.Sesiapapun memilikinya.”Radin memulakan perbualan. “Tanah ladang dan kebun buah-buahnya saya yang jaga.Kalau ada niat kamu nanti untuk majukan tanah tersebut kita kena bincangkan nanti. “Harta peribadinya saya yang simpan.jangan bimbang.tidak saya jual”jelas Radin lagi. “Radin, Mikai dan Alis”, pemergian ayah kita satu rahmat.Kita dipertemukan sekali lagi kali ini.Janganlah kita kesali apa yang telah berlaku.Kalau semua saling menyalahkan dan bertengkar yang tak tentu.Kita semua yang malu.”Buang yang keruh ambil yang jernih”.Balang memberikan pendapatnya selaku abang sulung. “Biar apapun kesibukan kamu semua, jangan lupa asl usul kita di Kapit.Bawa anak bini laki kamu pulang ke rumah panjang kita.Bercutilah bersama-sama di sini.Ada masa nanti kita semua berkumpul sebegini dan sama-sama kita membuat pengubahsuaian rumah pusaka kedua-dua orang tua kita ini.Itulah harapan mereka.Saya yakin mereka akan gembira dengan usaha kita”Radin meyakinkan semua adik beradiknya.
           Kehidupan kita ada pasang surutnya.Seperti pasang surutnya sungai.Kehidupan dan perasaan seperti sungai yang mengalir.Ada kala deras dan adakalanya perlahan-lahan dan tenang.Kadangkala kehidupan kita seperti pusingan jam di dinding yang berpusing.Jarum saat menandakan lajunya masa berlalu manakala jarum jam menunjukkan lamanya menunggu masa.Seakan-akan kita sibuk dengan tugas harian kita sehingga lupa akan tanggungjawab sebenar kita.tiada yang lebih dari kasih sayang.Kasih sayang pencetus segalanya.Permulaan langkah kaki perjalanan dimulai dengan kasih sayang dibekalkan dengan keutuhan hubungan dan dihujung perjalanan kita kembali dengan kasih sayang abadi.Tidak bolehkah kita mengorban sedikit waktu untuk orfang yang kita sayang.Selagi hayat dikandung badan, hargailah insan dan orang sekeliling yang kita sayang.Bila masanya tiada kita terasa kehilangannya.Kita ingin kembali kezaman sebelumnya sudah terlambat untuk kita berbuat sesuatu.Konflik dalan kehidupan sudah mencari asam garam dalam kehidupan.Tidak sah kalau tidak terkasar bahasa atau terlibat dengan pertengkaran.Air yang tenang dan sejuk mengalir itu kalau dituangkan ke timbunan api yang besar akan padam juga akhirnya.Carilah kedamaian dalam hidup.Jalanilah kehidupan yang baik dan bahagia.Bentuklah keluarga yang harmoni.Dengan menyerahkan segala kehidupan kita kepada Tuhan, pastinya kita ditunjukkan jalan yang harmoni dan baik olehnya..Bagi riwayat Aki Manang ini akan diabadikan selamanya dalam kenangan.Tewas dirinya bukan ditangan Musuh tetapi tewas dirinya ditangan ajal dan mautnya sendiri.Mautnya sudah pasti.Tapi bila?Bagi anak-anak-anak Aki Manang kehidupan perlu diteruskan.Riwayat hidup seterusnya penuh dengan penceritaan.
      
           
                                            

Chronology  Jengging Anak Asom (AKI MANANG-Nickname)

1924- born at ng.sempaleng,Balleh,Kapit
1952-interviewed by British Army officers at Fort Sylvia,Kapit
1952-briefed &pre-army training at Bukit Siol kuching
1952-set sailed to singapore stationed at commonwealth army camp at midlands district of
    singapore
1952-sept on the railway train to Port Dickson in Negeri Sembilan,Malaya.Trained on carrying arm
          and tactic of warfare
1953-Attached to summerset Riffle company as a iban jungle trekker also known as Iban Tracker
1953-'Rapid Operation' at Kajang Salangor to eradicate the hide-out of the communist Terrorist so
          called The Malayan Campaign was on the swung throughout Malaya
1954-signed new contract for recomissioned in joining British Force for another 2 years
1954- Back to Sarawak and one of the first personnel to form Sarawak Rangers commissoned in
           Kuching
1958- resigned from Sarawak Rangers to join Sarawak Police Constabulary adviced by Temenggong
            Jugah(Sarawak Minister Of Affair  In Colonial Govt
1962- Sarawak Police Constabulary automatically diverted to Police Field Force-stationed at Bukit
           Siol,kuching
1963-attached to PFF battalon 14 in 4th Division in Riam camp,Miri
1964-‘Ganyang Malaysia’ slogan by Indonesian President Seokarno to apposed Sarawak and Sabah
           Insisted to form Federation of Malaysia
          -on several military operations throughout Sarawak such as recaptured Limbang from 
           Indonesian forces,Ba Kelalan,Tebedu,Lundu and Long Jawe,Belaga.Joined operation together
           with British Commonwealth commandos
1966-on tranfered to sibu at PFF Lanang camp.
1972- the wake of Communist Terrorist in Sarawak began
         -various military operations being conducted in RASCOM (Raiang Security Command) areas
          especially in central region of Sarawak.Military operation in local code nme such as;Operation
         Lada Pedas in 1973,Operation Ngayau in 1973,Operation Sarak in 1974 and many more.
1981- March retired back to Merama balleh kapit
1997-passed away on 09.12.1997

       Military Honours
1.       Queens Medal
2.       The Malayan Campaign
3.       The Borneo campaign(Brunei Rebellion)
4.       Pingat peringatan Malaysia
5.       Pingat Perkhidmatan Terpuji