Misteri Lada dan Perigi Ajaib
Pulau
tiga bukan sahaja terkenal sebagai sebuah destinasi perlancongan yang
terkenal, bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau.
Menurut cerita
orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapat sepohon lada padi yang ajaib
di pulau tersebut. Batang sehaja sebesar pokok kelapa yang sudah berbuah.
Jika ingin memetik buahnya anda terpaksalah memanjat. Walaubagaimanapun
tidak pula diketahui lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut.
Dalam pada itu
terdapat juga cerita tentang kewujudan sebuah Perigi Ajaib ditepi pantai
pulau tersebut. Walaubagaimanapun tidak semua orang dapat melihat lada
dan perigi ajaib tersebut. Kepada sesiapa sahaja yang membaca ruangan ini
dan secara kebetulan berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga, jangan lepaskan
peluang anda untuk bersiar-siar diseluruh kawasan pulau tersebut. Siapa
tahu mungkin anda berpeluang melihat lada ataupun perigi ajaib tersebut.
Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya jangan menangis, dan seandainya
pula anda berjaya melihatnya jangan lupa bertanya nombor Empat Ekot kerana
andalah orang yang "bertuah".
Batu Nousung
Mengikut cerita nenek
moyang kita, kononnya dahulukala ada seorang perempuan tua dan seorang
anak lelakinya. Mereka dua anak beranak ini bolehlah dikatakan kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Apabila anak lelaki itu sudah dewasa
maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta kemewahan.
Selang beberapa tahun menjadilah ia kaya daripada isternya yang didatangkan
daripada orang berada. Si pemuda tadi bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya
belayar dengan sebuah kapal.
Apabila si ibu
tadi sedar akan kepulangan anaknya dengan gembira dan terharu ia menyambut
kedatangan yang dinanti-nantikan. Alangkah terkejut si ibu apabila si anak
tadi tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya. Dengan hati yang hancur lebur
maka si ibu pun menyumpah anaknya. lalu dengan serta merta kapal yang dinaiki
oleh anknya tadi bersama pengikut-pengikutnya pun telah menjadi batu. Bentuk
kapal ataupun batu tersebut masih kelihatan berdiri megah juga di persisiran
tanjung pantai sawangan Kuala Penyu.
Batu Payau, Batu Kuyuk (Anjing)
Kononnya pada zaman
dahulu, ada seorang pemburu. Pemburu ini sedang memburu rusa dengan menggunakan
dua ekor anjing. Oleh kerana binatang rusa ini terlalu laju maka ketinggalanlah
pemburu berkenaan di belakang. Lalu rusa tadipun menuju ke laut dengan
disusuli oleh anjing-anjing tadi. Tidak berapa lama maka sampailah pemburu
tadi ketempat dimana rusa itu berada. Alangkah terkejutnya pemburu tadi
apabila mendapati rusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu. Sehingga
sekarang batu-batu berkenaan masih kelihatan dipersisiran tanjung Pantai
Sawangan, Kuala Penyu.
Peristiwa Sedih di Sebuah Gua di Batu Luang
Peristiwa sedih ini
berlaku dizaman dahulu. Ketika itu ada sepasang pengantin yang baru saja
melansungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa
hari mereka menaiki pelamin, maka tibalah pula masanya mereka pulang ke
rumah pengantin lelaki (maya wagu kata orang tatana). Dengan diringi oleh
keluarga masing-masing maka berangkatlah kedua pengantin siduatu pagi yang
indah. Ketika mereka hampir di batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang,
awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan dengan lebatnya.
Menyedari situasi
tersebut mereka pun bergegas untuk berlindung didalam sebuah gua yang kini
dikenali Gua Batu Luang. Setelah hujan berhenti maka mereka mulalah keluar
dari gua tersebut. Pengantin lelaki merupakan orang yang kedua terakhir
keluar. Orang yang terakhir masih didalam gua tersebut ialah pengantin
perempuan. Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua
tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah didalam gua itu
mendak/turun. Sisuami cuba menyelamatkan isterinya sedaya upaya namun isterinya
hanya sempat menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap ditelan
bumi. Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan. yang nyata
gua tersebut masih wujud hingga kehari ini.
Dipetik dari Perayaan Pesta Rumbia Ke VII Daerah Kuala Penyu Bertempat di Pantai Sawangan 29 Julai1996. ( Petikan dari eMas di http://www.sabah.org.my/ )