Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

JIKA AKU TIADA (PESANAN PEMIMPINKU)



Jika aku pergi
Pejamkan mata; jiwa, akal dan hati mati
Pandailah jaga diri
Pertahankan ibu pertiwi
Jangan lupa diri
Jangan bangga diri
Jangan jual negara ini
Memori sejarah yang takkan mati
Kesan peninggalannya sungguh bererti
Kita bangkit perbaiki diri
Kita disegani

Jika aku tiada
Janganlah berputus asa
Kita pegang panji setia kepada negara
Kita julang erti saudara
Kita daulatkan raja tercinta
Kita kekalkan keharmonian yang ada
Kita telah lama bersama
Kita telah damai sentosa
Kita sehati dan sejiwa
Kita bina negara sehingga berjaya;gah di persada

Jika ada sengketa kamu
Berusahalah untuk bersatu
Belajar daripada sejarah hitam yang lalu
Kita pernah tidak sebulu
Kita pernah harungi haru biru
Kita biarkan ianya berlaku
Kita duduk membatu;jumpa jalan buntu
Tetapi sebenarnya dari kita;aku dan kamu adalah penentu
Perpaduan yang harus dipupuk dengan jitu
Ingatlah pesanan aku yang lalu

Jika aku pergi; tiada lagi nanti
Jika masing-masing mengikut haluan sendiri
'Apakah yang terjadi nanti?'
Jika aku tiada;tinggalkan dunia
Dan ketika itu hancur negara, salah siapa?
'Siapa punya angkara? Dimana punca?'
Aku cuma mengingat akan sejarah keramat
Jangan lupa amanat kita jadikan azimat
Aku cuma berpesan menegur akan kesilapan
Jangan sampai tergadai maruah dan perpaduan
Dunia memandang ketawa sinis-sinis belacan
Angkara durjana manusia yang bertopengkan syaitan
Tidak senang ;merosak iman dan lupa itu Tuhan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu , Sabah
15112015...14.00 pm

Tiada ulasan: