Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

KOMPROMI



Aku suka tetapi kamu tidak mahu
Kamu mahu tetapi aku tidak suka
Aku ingin kamu dingin
Kamu relakan aku enggan
Aku kamu tidak sebati
Kamu duduk dan aku berdiri
Kita bercanggah diri
Kita tidak serasi

Tidak sehati dan sejiwa
Tetapi cuba untuk bersama
Berserabut kepala berdua
Cuba fahamkan
Cuba pertahankan
Kita sebenarnya kompromi
Menjaga hati

Kita serap kata enggan, tidak dan biarlah
Mencari erti sepakat dan kita cuba merapat
Pendirian hidup yang sama-sama hebat
Kesimpulannya kita bersama untuk lebih erat
Demi melengkapkan kata nama keramat
Pada panggilan erti kawan, sayang, keluarga mahupun sahabat


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
03122015….6.21 pm

Tiada ulasan: