Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

ROJAK



Aku dengan bahasaku
Kamu dengan bahasamu
Kita sama-sama asing tetapi tidak terasing
Cuba berdamping runding tetapi runsing
Lidah kelu mati kutu
Cuba faham daripada diam
Tidak tenggelam perbualan suram
Biar dihambur jangan hancur makna asal
Daripada memangkah akal pintal
Biar isyarat daripada bijak loghat
Biar rojak campurnya
Kuah satay 'malay'
Isi resepinya 'taugeh' orang 'puteh'
Sesekali timun kampung 'iban'
Tersedak makan rojak terbahak-bahak
Bercampur bahasa
Tidak kaku buntu
Menyimpul senyum malam pun berlalu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Teratak UCA2,Kg.Dambai, Menggatal, KK Sabah
12112015....20.26 pm

Tiada ulasan: