Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

ADA APA PADA NAMAKU



Ada apa pada nama yang tercatat
Jika nama keramat ini membawa malapetaka kiamat
Menjadi cacat yang menempel lekat didengar sendat
Atau nama ini bisa menganggu-gugat penghuni setempat dan umat
Dalam melipat tepat siri masa lampau yang bersuluh dekat
Perlukah disebat sampai terencat batinku nanti merempat tak bertempat
Bila nama yang aku guna ini meluat
Tidak cepat erat membuang erti faedah manfaat
Yang pastinya aku bukan malaikat

Ada apa pada namaku yang tertera
Jika hidupku kini dikenang;terkenal dan dipuja
Jika aku mashyur;berharta dan terbilang di dunia
Menjadi orang berguna dan menjadi tatapan manusia
Dalam sejarah peradaban dan tamadun bangsa,negara dan agama
Dalam mencipta siri masa dan sebagai khazanah arkib cerita
Bila nama yang aku guna ini dijulang tinggi seakan para dewa
Yang pastinya aku bukan sempurna
Manusia biasa yang ditentukan perjalanan hidupnya oleh yang maha kuasa

Aku adalah aku pada nama yang diberi
Bersyukur serah burukbaik nama ini pada Ilahi
Ingin punyai cita-cita, hidup sederhana dan damaiNya dihati
Tidak perlu kenang jika aku kamu benci
Sudah cukup sedekahkan doa jika aku kamu sukai
Yang pastinya nama ini akan pergi
Yang pastinya nama ini akan disebut lagi
Nama yang hidup dan tidak akan mati
Selagi di bumi ini kita pandai menjaga diri

Aku, kamu dan dia punyai nama
Nama itulah peribadi mulia yang dibawa kemana-mana
Hakikatnya kita tidak sempurna mana pun berbanding DIA
Kerana Allah Yang Maha Esa
sudah tentukan mula dan akhir cerita si pembawa nama

Pena sepi@Aki Manang Remaung
Kota Minabalu, Sabah
31102015...5.00 pm

Tiada ulasan: