Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 9 Disember 2015

A K I N A B A L U

Terjaga lenamu terganggu
Terganggu dek kelibat manusia topengan syaitan
Lancang mulut memperagakan sonsang tabii norma kelakuan
Melanggar sumpah damai tenang pertapaan
Juga menyentap kejut; meruntuh debar-debar mamai mimpi
Namun sekarang kau terjaga
Mengatur bunga silat amarahmu
Melaungkan nada amaran
Pendaki dan penghuni ini menjadi kecut
Nyawa mereka kaucabut
Diherdik-gertak gegaran halkum suara gertak garaumu

Terjaga lenamu Aki Nabalu
Tidak henti rajuk sepimu
Berulang suara getar kedengaran
Siang dan malam melaung mantera peringatan
Buat semua jadikan ingatan
Biar sukar diterima akal fikiran
Antara moraliti adat tradisi dan keagamaan
Sememangnya ada perkara tertentu perlu dielakkan
Melibatkan aib dan sumbang kelakuan
Sememangnya alam dan Tuhan tidak benarkan
Pada batasan waras akal pemikiran
Aki Nabalu hanya singgah seketika
Jangan sampai kita hilang keindahan di puncak persada
Yang kita bangga selamanya

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
09122015…..4.25 pm

Tiada ulasan: