Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

INSAN SENI DARI BUKIT PADANG



Dari Bukit Padang
Digugusnya kata-kata sebaris demi sebaris
Dijadikannya mutiara kata yang memintal akal
Sehingga para sarjana dan karyawan cuba tafsir-rungkaikan maknanya
Dihamparkannya lukisan indah
Sehingga kita sedar alam sedang menyampaikan salam sapaan
Anugerah Tuhan yang tak terbanding di dalam seorang insan

"Aku bukan seorang pelukis yang berkelas dunia
Bahkan aku bukan penyair yang ternama mempuitis kata
Aku bukan penulis dan aku bukanlah sesiapa
Aku hanya aku;penghuni kota ini menghabis sisa-sisa hidup yang berbaki untuk tenang diri sendiri"
Pada kota yang menjadi bualan setiap insan
Pada kota yang diasing-pinggirkan

Siapa mereka?
Sehingga ada lahirnya karya indah menghias dinding kotanya
Pada mata kita yang kabur membujur luntur pandang
Pada akal fikir yang terbatas dilepas tegas tanpa belas
Dan pada sekelumit mulut yang berumput semut menginjak-herdik diri mereka

Nah,inilah karyanya
Insan seni menumpang lalu mengubat duka memulih jiwa
Ada apa pada bakat kita?
Pastinya bukan semua ada pada setiap diri kita
Janganlah mengata serong seakan mulut dicondong
Janganlah merendahkan orang melancang kata menyimbah kata-kata hina
Jangan sesekali;janganlah hina insan seni ini
Kerana kita tidak tahu esok lusa hari kita belum pasti

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
01082015
11.00 pm

Tiada ulasan: