Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

BIARLAH MI SEGERA

Biarlah meratah rempah mentah
Mi maggi penyeri memori diari
Kering garing berkerincing disaring
Lazat merapat menghambat nikmat
Aromanya bergelora menyapa citarasa
Variasi resepi memenuhi intipati
Siapa kata mi segera tiada makna?

Janganlah dikisah memudaratkah perencah?
Bukan dihumban cercaan makanan
Ingatlah sejarah memapah payah
Setia mi segera tatkala derita
Janganlah disalah juadah bersampah
Ingat keringat azimat tersemat
Dimana mi segera bermulanya nostalgia

Biarlah juadah mengisah susah
Biarkan santapan kegemaran teman
Fahamilah salasilah merendah serah
Penggemar tegar meliar dengar
Dihantu buntu berkubu jamu
Persetankan ungkapan makanan sampahan
Makanlah; nikmatilah juadah terindah
Peduli;janji terisi bagasi diri

(Mi segera, mi jawa, mi laksa semuanya merencana citarasa manusia berbeza)

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
06072015
10.50 pm

Tiada ulasan: