Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 10 Disember 2015

MERENTASI MASA


MERENTASI MASA
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin kembali
Mengelak tragedi
Ke masa lalu
mengubah takdir terdahulu
mengatur langkah baharu

Ingin mencuba
Meninjau takdir semula
Ke masa hadapan
Merangka pelan kehidupan
Memasang tirai angan dan impian

Mesin masa?
Teknologi diuji-cuba
Mencari jalan pintas
Pada lubang masa yang membias
Cuba untuk merentasi terowong waktu dunia
Cuba untuk mengubah segalanya
Cuba untuk melanggar hukum alam
Dunia ini semakin tenggelam dan kelam
Hampir nazak dan demam
Jangan sampai pupus; dunia ini tandus
dan akhirnya; hanya tinggal jasad yang hangus

Anugerah Ilahi
pada akal pemikiran yang tinggi
Ingatlah para saintis dan cendikiawan bumi
Jangan megah diri dengan teori hukum logik-matematik
dengan mengutarakan teori relativiti masa dan quantum fizik
Jangan lupa diri sampai jadi fanatik –munafik
Dosa yang bertimbun
Lupa itu rukun
Lupa semua perkara
Lupa nilai-nilai kehidupan
Lupa itu pegangan dan kepercayaan
Jangan haloba impian
Sehinga ada yang lupa;kuasa Tuhan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
11122015….3.50 pm

Tiada ulasan: