Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

KESAN GAMBARAN SENJA PELANGIMU



Berubah warna tona gambaran senjamu
Angin manakah yang membadai suasananya?
Cahaya indahnya kini tiada
Redup; berubah sayup menukar arah pandang
Hilang dalam khayalan mata manusia

Entah? Apakah hati lautnya semakin gelora?
Tidak jenuh;keluh kesah ombak jiwanya

Atau pelangi senja cuba menampakkan dirinya
Seakan cuba bangkitkan cahaya terang
Samar tenggelam dek mendung awan daratan
Dipatahkan lagi bunyi guruh
Suaranya sampai ke lautan
Gerun senja hatiku hatimu

Bertemukah kisah senja pelangi nanti?
Menjadi banjir asmara melanda penantian kuala sungai
Atau pantai masih menunggu pasti
Hamparan pantai pasirnya berpenghuni jejak kisah

Atau tertarikkah pandanganmu senja
Dengan telatah anak kecil ketam main sembunyi-sembunyi
Sorok-sorok menyusup lubang pasir
Cuba untuk melawan arus badai melanda nanti

Atau serahkan senja petang ini
Membongkar khabar cuaca malam
Menghanyutkan rindu senja

Atau biarkannya lemas begitu saja
Nah panggilah pulang senjamu
Agar pantai bisu ini menunggu malam
Malam menunggu mentari
Dan setia senjamu menunggu pelangi
Melabuh sauh rindunya
Selamanya pada pelangi yang dinanti

(Aku dan kamu pencinta kenangan senja petang pelangi)

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
08102015....0635 pm

Tiada ulasan: