Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

TERATAIKU SAYANG



Indah bungamu kutatap dekat
Buat hatiku terpikat
Inginku petik;aku cuba bawa balik
Kerana dirimu menarik
Membuat jiwaku tertarik
Aku ingin melihatmu
Aku ingin bersamamu
Merakam ilham
Mendamba puja sumber idea
Tetapi sayang kau bunga larangan
Aku cuma dapat perhatikan
Indah kau terataiku

Flora pujaan
Menguntum bibir kelopakmu ceria
Dan aku tidak akan lupa
Pada taman keriangan
Mendakap jiwa yang tenang
Aku tidak ingin pulang
Ingin bersamamu
Untuk seketika waktu lagi
Merindu gerak geri semulajadimu
Membuat hatiku terpaku
Yang pastinya bukan sahaja aku
Kolam terataiku jua turut menantikan diriku

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Bumi Antenom,Sabah
08112015.....0515 am

Tiada ulasan: