Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Jumaat, 11 Disember 2015

TELEPATI

Umpama mimpi
menguak waktu realiti
mengoyak sedar fantasi
kesan komunikasi psikologi
informasi dikirim
mentaliti menjadi intim

Aku fikirkannya tanpa kata
sampaikannya dengan kuasa minda
adakah sampai tafsir?
kita hubungkan dunia spiritual tanpa sempadan getir
kau terima dengan pertanyaan dan jawapan
sama ada kebetulan atau kenyataan
gelombang misteri yang penuh konsentrasi
kita jamah indah visualisasi
kita mengerti
sehati ; komunikasi pemikiran aras tinggi

Umpama doa
kalimah-kalimah dibaca
telepati hikmah yang disampaikan
menjadi harapan dipermudahkan kesihatan
menjadi penawar jarak jauh
batinmu menjadi jenuh
perlu sedari
kehebatan telepati
Anugerah indah Ilahi


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
11122015...7.22pm

Tiada ulasan: