Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

KEMBALI



Inginku
Kembali ke sini
Bersama teman seperjuangan
Sekali lagi bermula
Melakar sejarah
Kejayaan terindah

Tempai ini
Menjadi keramat
Pengalaman dan kematangan terpahat
Aku menjadi dewasa meniti usia insan
Dan bersyukur semuanya ini anugerah dan berkat Ilahi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
03122015…5.10pm

Tiada ulasan: