Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

PENGGANTI DIRI



Salam lebaran kuucapkan
Dari jauh kupohon kemaafan
Raya ini tidak dapat bersama meraikan
Bersama yang tersayang, keluarga dan teman
Hanya doa bisa kusampaikan
Pengganti diri sebagai iringan

Sungguh sepi pagi ini
Tanpa kamu semua disisi
Sungguh berbeza raya ini
Bersendiri di aidilfitri pagi ini
Ku pohon maaf seribu kali
Restu semua sunguh memberi erti

Salam Hari raya di pagi mulia
Semoga nanti pasti berjumpa dan bersua
Salam rindu buat semua
Semoga raya ini memberi makna
Semoga raya ini semua ceria
Salam persahabatan mengerat kita

(Sesuci aidilfitri memberi erti pada diri mensyukuri Ilahi)

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
19072015
6.26 pm

Tiada ulasan: