Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

SALAM GERABAK HATI



Tergerak gerabak-gerabak
Landasan ini mulai riuh disentuh
Jauh perjalanan ini
Membawa seribu erti
Mencari makna diri yang tersembunyi
Damainya;tenang pada pandangan panorama
Jatuh cinta pada alam ciptaan-Nya

Tidak akan padam tenggelam
Bersyukur pada datangnya ilham
Aku cuma senyum tergamam

Bawalah aku memacu jitu impian
Aku dan teman berkongsi diari catatan
Dari hentian ke hentian
Kita kongsi cerita dan kisah
Penuh makna sejarah
Sepanjang landasan ini adalah saksi
Gerabak keretapi ini akan jadi bukti
Kita menari dan menyanyi
Maka terukirlah senyuman seri
Detik ini aku hargai

Ingatlah pada belantara di depan mata
Ingatlah deruan angin yang setia menyapa
Membuatku khayal seketika
Sepanjang landasan ini mengingatkan aku kepada DIA
Syukurku pada ruang, peluang dan masa
Dan pada landasan ini juga
Sesekali kegelian gerabak-gerabak ini kuperhatikan
Bila penghuninya keriangan berlagu menyatu segala bunyi-bunyian

Janganlah detik ini kita lupa sahabat
Selagi waktu ini kita masih sempat
Bersaudaralah dan peganglah amanat
Selagi Tuhan masih datang merapat erat ikatan
Menjulang tinggi nilai persahabatan
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Pekan Beaufort, Sabah
05112015...1230 tengahari

Tiada ulasan: