Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

ESOK HARI



Kelmarin aku bersama kamu di sana
Berkongsi suka duka
Kita cerita tentang kita
Kita ketawa, tangis, sedih dan gembira
Kita kongsi segalanya
Kerana nafas kita masih ada padaNya

Hari ini kita bergurau senda
Kita gaduh dan curiga
Kita kawan dan bermaaf-maafan semula
Kita riang,menjulang ikhlas etika persahabatan manusia
Kita masih berharap esok masih ada
Kerana kita sayang hubungan mulia

Esok adakah masih sama?
Kita bercerita seperti biasa
Atau kita tidak lagi kenal sesiapa dan perang saudara
Atau kita masih lagi bersaudara dan kita sekeluarga
Atau kita sudah tidak lagi bersua dan berjumpa
Kerana esok hari memungkinkan seribu soal cerita

Kelmarin, hari ini dan esok hari
Esok hari melangkah kaki biar berani
Berani bukan membuta tuli
Tuli bukan tidak mendengar kata-kata Ilahi
Ilahi jangan kautinggalkan dia sepi
Sepi kamu tidak akan gali lubang kuburmu sendiri

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
22102015...11pm

Tiada ulasan: