Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

JANGAN HENTI (LAKARAN CORETAN)



Menyinggah sebentar
Mata penaku ligat berputar
Ilham yang seakan tidak pudar
Melakar hias contengan
Pena yang berdendangan
ilham yang bersahutan
Kuleretkan menjadi tulisan
Biar cakar ayam
Biar bertandang ilham
Biar sahaja aku faham
Aku tahu contengan ini
Akan menjadi sesuatu penulisan abadi
Aku, kamu dan dia akan faham
`menulislah dan tulislah apa yang kamu suka!'
Jangan henti!
Nanti dunia sunyi 

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
16112015...11.59 pm

Tiada ulasan: