Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 12 Disember 2015

B E R T U N A N G

Kehidupan ini sungguh indah bagi dua insan yang bercinta apabila hubungan tersebut dimaterai dengan satu ikatan perjanjian, yakninya satu langkah awal perkahwinan  iaitu pertunangan.

Indah dibuai mimpi dalam suburnya ingatan percintaan.Alam bagai mesra menyapa dan sebagai saksi tentang lambang ikatan hubungan.Cubalah bayangkan kehidupan kita, sekiranya bersendirian dan tiada teman.Bagaikan seorang diri sepi di pulau yang tidak berpenghuni.Bagai bulan tiada bintang.Pungguk merintih tiada rembulan.

Ikatlah dia pilihanmu.Agar kau merasa hebatnya rindu yang kautunggu.Bertunanglah dengan dia pilihanmu.Sumpahkanlah janji bersama.Sehidup semati dengan cinta yang tidak terganti.Bertunanglah jangan lama dan biar sekejap waktu.Agar tidak sama-sama lama menunggu.Fikiran akan melayang terbang.Angau dan suaranya terngiang-ngiang.Begitulah kemaruk rindu yang harus dibuku temu melalui ikatan yang sah.

Bertunanglah dengan keizinan orang tua adalah syurga rumah tangga kita.Cinta dan hubungan yang direstui pastinya membawa kita ke dunia kehidupan yang bahagia.Kita dewasa dalam erti mematangkan diri dan seterusnya membuat keputusan tentang perjalanan seterusnya.

Adakalanya pertunangan tidak seindah yang kita rancang.Adat bertemu dan berpisah.Kita harus reda dan pasrah pada ketentuan Tuhan.Jangan mengalah dan teruskan melangkah.Bangkit kembali dan terus mengatur langkah diri.Jodoh pasti ada cuma belum tiba.Bertunanglah dan berbahagialah.Seterusnya perkahwinan itu lebih besar ertinya dalam menjanjikan ikatan yang halal disisi Tuhan.

BERTUNANG

Indah
bayu membelai manja
dinginkan pantai yang damai
dinginkan hati kita
berpegangan tangan
melihat berlabuhnya senja

Marilah
kita ikatkan akar hati
kita simpul rindu ini
tidak mudah lepas
berjanji dengan ikhlas
Selamanya cinta
Sehidup semati; sejiwa setia

Semaikanlah
Ingatan yang kita tuliskan
Bukukannya menjadi kenangan
Terimalah sesama seadanya
Kau bawalah aku melangkah dewasa
Bersama-sama memacu bahagia

Bertunanglah
Kita paterikan jiwa
Memohon restu bonda dan keluarga
Agar ikatan ini
Menjadi lebih bererti
Tanda syukur kepada hidayahNya; diberkati Ilahi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
12122015...11.36pm

Tiada ulasan: