Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

SINIS MENTALITI



 Sesekali mata hati perhati
Mulut terkunci,tergamam diam bukan berdendam
Seakan bercangah fikir mengusir getir
Ditentang sekali minda memangkah luahan jiwa para sarjana
Salahkah aku berkarya
Aku lukiskan panorama suasana
Aku nyanyikan puisi indah syahdu
Aku tuliskan puisi hatiku

Seakan memberontak jiwa mata-mata tidak suka
Adakah ada benci?
Sebab kita rasa tidak serasi:kita berlawan sesame sendiri
Janganlah kau lontarkan amarah
Sinis mata seakan tidak endah
Seakan jiwamu meronta
Menghakis bisu tanpa suara
Seolah ada dendam?
Mulutmu meragam tidak henti diam

Dunia kita berbeza:tidak sama
Aku minta kita tiada sengketa
Seraplah sedikit pembawaanku
Janganlah meluat:kau tolak mentah-mentah
Cubalah lihat dan singgah
Jadikan aku sahabatmu
Agar aku teruskan hibur:dendangkan lagu syahdu
Agar waktu ini nanti akan menjadi sejarah
Kau ingat menjadi memori terindah

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Tenom, Sabah
06112015…10.05pm

Tiada ulasan: