Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

CATATAN DAN MONOLOG `PUTARAN WAKTU KEHIDUPAN'



Kehidupan ini sukar kita ramalkan.Dari awal pagi pada kitaran waktu seharian kita sudah merasa dingin subuh pagi.Kita dikurniakan waktu indah.Bersyukur pada nikmat-NYa.Kita masih bernafas pada udara yang sama.Sehingga waktu mulai beredar dan pergi dan puncak peredaran waktunya, kita merasa bahang matahari.

`Nah! panasnya!'aku berkata.Begitu juga kamu semua.Bila ada sahaja ujian dan dugaan datang, kita mulai mengeluh akan kehidupan.`Apakah tiada Tuhan bisa membantuku?bentak hati yang sentiasa menyalahkan kehidupan.

Ingat dan pandanglah awan yang berarak laju itu.Pandanglah mendung kelabu itu.Pasti akan turun hujan.Pandanglah kehidupan itu seperti pusingan roda yang ligat berputar.Ke atas dan ke bawahlah ia.Begitu juga kehidupan.

Dalam menempuh seharian yang panjang, jangan lupa TUhan kembalikan dingin dan sejuk itu semula.Malam muncul kembali.Membawa pelangi petang dan senja itu sekaligus berlabuh.Kita dengar pungguk mulai berlagu memuja sang bulan.Jangan lupa cengkerik dan kunang-kunang bersahutan dan berpestafora dalam alam rimbanya tanpa resah.Kita?Masih mengeluh?

Janganlah kita lupa untuk bersyukur.Susah-senang, baik-buruk, gagal-lulus ujian hidup;setiap perkara yang bertentangan dengan setiap anarki persoalan, kita jangan mudah mengalah diri dan menyalahkan sesiapa mahupun Tuhan.Kita tidak sempurna.Kita belajar daripada kesilapan.

Azalinya, kita jangan lupa jalan pulang.Tenang dan damai hidup yang masih berbaki itu adalah ada pada tangan-Nya.Sabar dan ucaplah syukur sekali lagi.Hidup perlu diteruskan.

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu Sabah
28112015....5.32 pm

Tiada ulasan: