Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

NOTASI JAZZMU



Ajarkanku tafsir bisikan hatimu
Agar bisa aku tuliskannya menjadi lagu
Ajarilah aku untuk menarikan kata-kata puisi rindu
Agar irama jazz yang kususun-gabung menjadi satu
Ajariku juga untuk ekplorasikan kord bisu yang membelenggu
Agar aku tahu terjemahan notasi muzikmu

Muzik jazzmu telah berlalu
Tanpa lagu ilhamku dungu
Lajur notasinya kosong menunggu
Adakah tanda biramamu meletus seribu?
Atau perkusi muzikmu tidak setuju dengan kehadiranku
Semuanya tidak tentu
Tempomu yang semakin laju terganggu
Tanpa tanda rehat yang semakin tenat letih lesu
Berlari tanda-tandanya tidak tertumpu
Dan ingatan tanda detiknya yang semakin celaru buntu

Benarkah adanya pemberontakan lagumu?
Akhirnya kaku membatu tidak mahu menarikan muzikku
Atau setakat meninggalkan kesan simbal yang lesu dipalu
Marahkah pada saksofon yang dimainkan tidak tentu
Atau pada trumpet yang memekak teriak menggertak fikiran buntu
Sehingga hancur notasi hati muzik jazzmu
Satu persatu helaian notasi ini kaubaling begitu
Jatuh akhirnya sandiwara nota tidak kauperlu

Jangan lupa tanda-tanda muzik pada notasi dahulu
Pada lagu jazz aku cipta bersamamu
Pada tarian indah gemalainya malam itu
Dimana kau berada dalam pelukanku
Dimana pernah seketika menggerakkan bibir sepiku untuk berlagu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
04112015....05.08 pm

Tiada ulasan: