Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

RELA LEPASKAN 2



Pergilah bawa hatimu
Sudahku buka rantai dan tidak kuikat lagi
Sudahku lepaskan

Pergilah bawa memori
Sudahku persiapkan dan kusimpan untuk bekalanmu nanti
Sudahku kemaskan

Pergilah bawa langkah kaki bersihmu
Sudahku atur dan kulepaskan ketentuan dan pilihan hidupmu
Sudahku tolong basuhkan

Pergilah bawa mimpi-mimpi
Sudahku anyamkan menjadi ingatan terindah buatmu
Sudahku kirimkan

Rela lepaskan
Rela lupakan
Rela tinggalkan
Cuba putarkan kembali masa
Cuba untuk tidak bermula
Cuba untuk apa?
Dahulu adalah sejarah
Sekarang adalah peringatan terindah
Dan hadapan adalah penantian setia yang pasti mengubah


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
03122015….6.36 pm

Tiada ulasan: