Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

LEBARAN KERINDUAN



Syawal menjelang melayang hati meniti sesunyi pagi
Berkumandang lagu raya peneman setia tatkala tanpa dia;tiada yang tersayang penyeri riang
Tatkala jauh daripada keluarga sendiri kali ini di ibu kota
Baju Melayu kiriman semalam menenggelam perasaan kerinduan
Raya kali ini pasti memberi erti mensyukuri Ilahi

Biar jauh meruntuh jenuh ingatan
Namun lebaran ini pasti mengukuh sauh jiwa insan
Menghargai hubungan sesama rakan taulan

Ramadhan sudah berlalu melengkapi ibadah terindah
Tenang dan damai dalam menempuhinya;mencari erti diri
Cubaan dan dugaan diharungi di perantauan

Nostalgia ramadhan mengingatkan amalan Tuhan
Syawal berganti mengukuh setia kepada si dia,keluarga,teman dan sudah pastinya sang Pencipta
Bahawa lebaran ini menguji hati
Mencari rezeki dalam sesepi aidilfitri
Sampaikanlah salam kerinduanku dan salam lebaran
Pasti Syawal ini memberi makna dalam kehidupan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
19072015
6.00 pm

Tiada ulasan: