Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 7 Disember 2015

KEMARUK CINTA 3


Biar dihampar tikar sedar
Biar berkurun dilerai rimbun ingatan
Dikunci simpan ketat membenamkan sejarah silam
Biar dibiar berkarat sekalipun
Hablur serpihan memori masih menempel lekat
Mana mungkin lupakan seroja
Bila bunganya pernah bertakhta dijiwa
Mewangi utuh menyentuh sauh yang berlabuh
Seloka gelora asmara bergemuruh ianya bertabuh kukuh

Biar dilontar ke lautan sesalan
Biar tengelam sekalipun menyembah lautan kota kuburan
Dimampat ke liang-liang dasar yang terbiar
Pasti juga diselam dalam mengharung badai kehidupan yang hampir usai
Tidakkah disedar akan kebenaran
Bahawa;
Kasih yang mendalam itu jurang Mariana
Sayang yang luas itu adalah alam semesta
Rindu yang tidak terhitung itu adalah bintang-bintang berkelipan
Ingatan itu adalah kelahiran dan kematian

Mana mungkin bisa dilupa
Mana mungkin membiar; menghantuk tukul sesal
Setelah berpintal barah akal kekal
Setelah kukuh menyimpuh pada tebingan ingatan
Kemaruk menyanjung badai yang membelai mamai
Pantai yang hening itu adalah saksi pelangi petang kelmarin
Menyapa setia ranjang bayu
Kemaruk cinta ini bersatu menunggu janji temu
Matahari esok mengubur khayalan
Mengirim kemarau kasih yang berpanjangan demam

Pena Sepi@aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
08122015….3.04 am

Tiada ulasan: