Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

CERIA PAGIMU 2 (BANGKIT KEMBALI)



Bangkitlah bangun dengan berani
Kelmarin kita tewas pada ujian diri
Kita redha pada batasan restu doa dan agama
Merangkaklah dengan yakin jangan putus asa
Cuba bangkit dan terus bangkit kembali
Gagah berdiri
Bersandar pada Allah yang mulia
Tuhan pasti menjanjikan hidayah-Nya buat kita

Biar hari ini kita cuba bertahan
Ujian ini semakin gian menekan
Halangan berhamburan dihadapan
menghambat sendat nafas memutar debar-debar
Teguhlah tempuh tanpa sesal akal memintal gentar
Bersyukur kita dibagi peluang dan ruang
Perbetulkan langkah yang sumbang
Kembali kepada perancangan-Nya
Jangan lupa berserah berdoa
Perjalananmu pasti berjaya

Cerialah dirimu hari ini
Cekal membawa diri
Ubatilah resah hati
Berlari dengan langkah kaki sendiri
Menempuh belukar duri
Menaiki cabaran gunung tertinggi
Kejayaan bakal dikecapi
Kelak dirimu pasti mensyukuri
Ilahi berkati menyimpul senyuman di hati

Jagalah diri;berdikari dengan berani
Langkah biar pasti
Berdiri biar berpijak di bumi
Cerialah jiwa jangan bersedih hati
Cerialah hati membawa diri
Hati-hati nanti
Perjalanan esok hari memungkinkan kisah yang belum pasti

Pena Sepi@Aki Mamang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
29102015.....11.25 am

Tiada ulasan: