Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 9 Disember 2015

JANGAN LEPASKAN 1

Indah
memori bersama
dikala menempuh badai melanda
berjalan di hamparan pantai ingatan
merakam memori gila-gila
menguntum kembang bunga cinta
fikiran lupa segalanya
dipanah mabuk rindu
dipahat mamai mimpi pelangi
tersadai di pantai berahi
lemas pada ombak yang menguji berani

Sayang
pasang surut laut
menjemput bayu kencang dan ribut takut
pepohon kelapa mulai hampir tumbang
akar paya bakau ini mulai meninggalkan tebing
cuba untuk bertaut
cuba untuk bertahan
namun goyah cengkamannya
tetapi masih utuh setia
pertahankan pantai yang semakin terhakis
lenyap disebalik ombak resah

Jangan
lepaskan tautan akar kasih rindu
jangan biarkan keegoaan angin membadai pantai
hancurlah teratak dua hati alam ini
bila gelombang semakin mengganas
bila badai angin semakin kencang
bila semakin hilang dataran rindu
cubalah untuk bertahan...wahai sang pantai
jangan lepaskan akar bakau ini pergi
dibawa arus kejam
entah kemana selamanya menghilang

Pena sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
10122015....2.22 pm

Tiada ulasan: