Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 10 Disember 2015

AKULAH ORANG-ORANGAN



Hening damai
Sawah padi yang melambai
Burung-burung berkicauan terbang
Cuba hinggap di sawah yang terlarang
Jangan cuba datang

Awas!
Aku orang-orangan
Cuba takutkan
Replika manusia yang berguna
Bukan bahan sandiwara
Bermacam-macam ragam; misteri dan ngeri
Petani-petani kami gembira
Hasil berlipat ganda

Akulah `Memedi Manuk’ daripada Jawa
Akulah `Beubeuging’ daripada Sunda
Akulah `Lelakut atau Belakut’ daripada Bali
Akulah `Spaventapasseri’ daripada Itali
Akulah `Epouvantail’ daripada Perancis
Akulah `Scarecrow’ daripada Amerika;Inggeris
Akulah ` Espantalho’ daripada Portugal
Akulah ` Espantapájaros’ daripada Sepanyol
Akulah ` Kakashi’ daripada Jepun
Akulah orang-orangan yang amat menakutkan
Orang-orangan sawah pada realitinya tiada jasad dan jiwa
Cuma sebagai penunggu memburu janji temu terlarang
Kita tidak sehaluan perosak sialan
Aku Cuma alat-alatan


(Pengertian `interaksionisme simbolik’ pada perpektif sosiologi
Komunikasi non-verbal pada sudut pandangan komunikasi)

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
11122015….2.15pm

Tiada ulasan: