Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

SECAWAN KOPI TENOM (KOPI@YIT FOH)



Singgahlah menghirupnya penuh nikmat
Hitam warnanya pekat
Panasnya meramas halkum terasa lazat
Aku dan kamu akan terasa hangat
Aroma aslinya turut memikat
Yang pastinya ia tidak sangat kelat

Marilah menyinggah basah
Buat hatiku melekat tidak resah
Secawan buatku mengingat kisah-kisah
Perjalanan ke Tenom sangatlah indah
Nostalgia hari ini akan menjadi sejarah
Garisan landasan ini nanti memacu arah yang lebih meriah

Minumlah tanda kita saudara
Mata kita telah segar bugar semula
Marilah kita sambung cerita yang ceria
Janganlah dikenang menduka jiwa
Ingatlah persahabatan yang mulia
Kita berkarya melakar ilham yang datang tiba-tiba

Kopi tenom di bumi Antenom mengingat rapat
Aku tidak akan lupa ;aku ingat
Lekat pekat lazat memahat hatiku untuk tidak menggeliat
Tidak sendat tapi cukup sekadar sempat
Aku cuba-cuba mencatat
Agar nanti kita akan ingat
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kilang kopi@Yit Foh Tenom, Sabah
07112015...05.00 pm

Tiada ulasan: