Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 3 Disember 2015

JIKA AKU TIADA 2



Jika aku pergi dahulu
Tolong jangan lupakan daku
Jika aku tiada nanti
Pandailah kamu jaga diri
Jika aku tinggalkan kamu
Ingatlah pesanan keramatku

Jika aku pergi nanti
Ingatlah semua memori
Jika aku sudah tiada
Pandailah kauhidup di dunia
Jika aku tinggalkan bumi
Tolong teruskan perjuangan diri

Jika begitu
Aku tidak perlu menunggu waktu
Jika perlu
Kamu tidak perlu bisu menunggu
Jika aku tiada
Ingatlah kamu masih ada DIA

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
03122015….5.40 pm

Tiada ulasan: