Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

CELOTEH PERTEMUAN



Pada diksi yang bersahutan
Cuba ungkapkan perkatan
Spontan melagukan bait-bait kata
Berbalas-balas menjadi susunan puisi makna
Tidak segan kata;bermain dengan ritma
Didengar indah bersahaja
Inilah celoteh sepanjang perjalanan
Kita cuba syairkan
Berguru perbetulkan kesilapan
Betapa maknanya pertemuan
Aku, kamu dan dia adalah kawan
Diksi puisi berlagu riangkan perasaan
Celoteh ini dalam ingatan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Catatan Perjalanan Garisan Landasan Sabah, Tenom
13112015.....10.10 am

Tiada ulasan: