Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

KEDAMAIANMU



Jemputlah; bawalah aku terokai
Damaikanlah hati seakan tercari-cari
Tenangkanlah jiwaku
Pada kalut kesibukan yang membelenggu buntu
Khayalkan diriku dengan panorama indahmu
Agar bisa aku ilhamkan
Sebuah catatan perjalanan
Bahawa aku tidak lagi bermimpi
Tidak lagi mengangan diri
Sampai tapak kakiku menghentak riak
Melihat telatah cuak anak-anak

Ingatlah;jangan lupa taman ini penuh indah
Keringat kita yang basah
Dalam mencari kisah-kisah
Sesungguhnya aku bersyukur
Melihat indahmu;aku sapa tegur

Perhatikanlah mekarnya teratai yang melambai
Perhatikan orkid liar membongkar misteri hidupnya tegar
Perhatikan lagi suasana tasiknya yang tenang
Jiwa aku, dia mahupun kita seakan tidak mahu pulang
Hatiku,hatimu;hati kita riang
Kita pulang nanti dengan santun sayang
Kita pulang tenang

Indahlah;cantiknya amat mempersona
Aku hargai damai ciptaanNya
Aku bersyukur dan akur
Dengan ceria dan gembira
Suka pada misiku selesai menghayatinya
Dan taman ini melambai kembali
Memberi isyarat pasti
Aku akan kembali

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Taman Pertanian Sabah,Tenom
07112015...1130 am

Tiada ulasan: