Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

CUBALAH CUBA



Cuba dengar dikala tersedar
Cuba renung dikala termenung
Cuba fikir dikala terzahir
Cuba ingat dikala tersesat
Cubalah cuba carikan caranya

Cuba untuk berlaku adil
Cuba ungkapkan bohongan anarki
Cuba umpat bertulangkan azimat
Cuba ulang berbezanya ruang
Cubalah cuba campuradukkan cerita

Cuba kembali tatkala mengerti
Cuba menyusun tatkala menghimpun
Cuba akhiri tatkala berani
Cuba damaikan tatkala berkesempatan
Cubalah cuba capai cengkamlah

Cuba...
Cubalah cuba
Cuba caturkan ceritera
Cuba cairkan cemuhan calar
Cubalah cuba ceraikan cercaan curang
Cubalah cuba cantum cambahkan cempaka cinta

(Cuba...cuba...cuba...cubalah cuba ceriakan catatan coretan contenganku)

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
21072015
10.10pm

Tiada ulasan: