Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 7 Disember 2015

MALIM GUNUNG



Kuat semangat kudrat mengerat memuat penat
Gagah menongkah arah langkah dikerah gagah
Demi pendaki; misi dibukti berani
Tidak bongkak rentak memacak gerak
Mendamping bimbing ; pening gering diiring
Utamakan setiakawan; panduan keselamatan pendakian
Teringat keringat dikesat amanat dipahat ketat
Faham ; temaram bungkam ditenggelam diam

Ranjau dikarau gerigau meninjau pantau
Payah diredah menyimbah pasrah lelah
Menghujan ujian pendakian gegaran mengorbankan
Terbias terkandas lemas menumpas nahas
Setia nyawanya direla gantinya tiada
Gunung meraung melambung tempurung jantung
Runtuhan batuan mengorban insane bersusunan
Tidak berganjak dipijak gerabak sesak

Korbanmu membantu menunggu temu berliku
Berani mengabadi diri; mati mengakhiri misi
Bukan gelaran disandarkan; perjuangan dimartabatkan
Diingat lekat; semangat keramat diamanat
Insan budiman; Tuhan balaskan kebaikan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
06062015…..8.45am

Tiada ulasan: