Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 7 Disember 2015

SYUKUR

Syukur atas kurnia akalNya.Masih setia mata pena menarikan rentak tarian salsa.Ayuh kita riangkan jiwa.

Ilham yang bertandang bagai hujan yang mencurah-curah.Tanpa henti.Jenuh seketika melabuhkan sebentar kata-kata untuk dicatat pena.Seiring dengan jiwa yang hening dan sepi diwaktu pagi.Diksi epifora kini menyelimuti dan menguasai pemilihan puisi.

Syukur.Masih bernafas tidak lemas pada udara yang dihirup segar nyaman.Tanpa bantuan pernafasan.Aku dan kamu masih bernyawa untuk sehari lagi iaitu untuk melengkapkan diari dalam kehidupan sehari-hari.Sememangnya amat penting untuk kita terus melangkah gagah dan maju ke hadapan tanpa rasa menyerah kalah dan teruskan kejayaan kerana kita sentiasa ada Tuhan yang memimpin jalan.

Harus bersyukur.Akur dan tidak harus luntur harapan.Kita masih ada peluang dan ruang dalam mempersiapkan diri untuk terus berada dalam garisan landasan kehidupan.


 SYUKUR

Berdoa
menadah tangan
mengucap syukur
di atas kurnia dan rezeki
pemberian yang diberi
segala hidayahNya
yang terindah sekali

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
08122015....3.26 am



Tiada ulasan: