Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HENING 13 (RINDU MEMBISU)



Rindu membisu membeku kalbuku menunggu
Bergelegak marak teratak petak otak
Merenung raung menggunung jantung disanjung
Berlari hati menanti pasti tangisi
Berdebar melingkar tegar memutar sabar
Dilanda hiba memetanya semula cinta
Menyilang bayang sayang ditatang kenang
Hanya cerita lama diutara semula
Mengisah kisah indah dimamah resah
Sanggup mengatup redup ditiup bertutup
Melipat pekat ingat menjerat hayat
Datanglah menyerah resah mengindah madah
Agar mekar segar membongkar debar-debar
Mengharum kuntum senyum sebelum bercantum
Bercanda ria jiwa selamanya cinta
Bertemu rinduku rindumu bersatu cumbu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
02062015
8.57 pm

Tiada ulasan: